Semakin hari semakin sukar untuk mempelajari Mandarin (xue huayu). Siapa yang kuat pasti berjaya, yang pandai, yang bagus akan terus bagus. Aku? masih macam inilah... Harapkan kan buku dan jaket sahaja. Tetapi never give up. Jikalau tak dapat cemerlangpun dapat baik pun sudah dikira ok. Tak lama lagi kami akan berpisah. Masa tulah engkauorang akan rindu dengan sibotak and the gang. he he he. Buat masa ini kami pun telah belajar Bab mai dongxi (beli belah) dan Luxing (melancong), dimana bab ini penting bagi tujuan persembahan (powerpoint) final. Lusa 22hb Jun 2009 kami akan mengadakan luxing ke Janda Baik. Suka atau tak suka depa kena pi juga. kalau tak suka pun kena wat-wat suka. hang pa merungutlah kat belakang. Kita tengoklah nanti, best ka tak best!
Semakin lama semakin banyak nama gelaran. Tak baik tau. he he he 'Hantu Gigi', 'Hantu Tetek', 'Hang Kebun', 'Shrek', 'Jenab', 'Cina Siam', 'man tiger', 'Abg Jem' dan sebagainya. Eh, bukan menghina secara kebetulan just for fun only. Jangan marah-marah, jangan kecik ati sekadar mewarnai dan menghabiskan 2 bulan pertapaan di Intan. Masing-masing dah sibuk dengan ulangkaji, study terutama bila melibatkan ujian mendengar, Rencana dan latihan perbualan bebas. Tetapi kekadang keadaan dalam kelas agak hiruk pikuk maklumlah masing-masing telah sedikit 'pandai'. Yang mana kami bukan lagi seperti ayam dan itik. Tetapi apa yang mengherankan laoshi ada berkata bahawa Mandarin kami lebih bagus dari orang Cina sendiri. International pelat. he he Itu laoshi yang cakap. Tak kan aku nak bohong lak. Dimanakah silapnya. Lu fikirlah sendiri. Sampaikan kami cakap Mandarin diaorang langsung tak faham. Tetapi awas aku ingin mengingatkan kepada kawan-kawan jangan nak maju jaya sorang-sorang. Aku pun nak berjaya gak. Sharelah apa yang patut.
No comments:
Post a Comment