Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Wednesday, July 22, 2009

Melancong (luxing) ke Janda Baik

22hb Jun 2009 - Tepat jam 8.30 kami menaiki bas INTAN bersama wo de laoshi he wo de tongxi ke Pulau Santap, Janda Baik. Segala persiapan rapi telah disediakan dengan rapi. Yang pasti kami bergambar sakan, maklumlah masing-masing ada digital camera. Pusing kanan, snap! pusing kiri klik! Aktiviti dalam bas telah pun dirancang. Aku seperti biasa diarahkan untuk memperkenalkan diri kepada semua peserta. diikuti oleh peserta yang lain. Wo shi Latifu. Wo zhu zai WenDong. Wo shi Peng Heng Ren. Wo shi Guanshui gongzuo. Wo haimei jiehun. Wo hen gaoxing. Selepas itu kami dihiburkan dengan nyanyian tianmimi oleh Pak Set. Kami juga dihiburkan oleh lelaki-lelaki terhebat INTAN dengan tarian bebas double paddle "a' degedageda". Kami juga menghabiskan masa dengan beberapa teka-teki yang menguji minda. Sedar tak sedar pukul 9.20 pagi kami singgah di (ting zai) R&R (xiuxizhan) Genting Sempah. 15 minit berikutnya kami tiba di D'Ark Resort, Janda Baik. Tetapi agak sedikit mendukacitakan kerana pemandu bas INTAN memandu bas secara berbahaya. Beliau 'hangin tak menentu' dan dikatakan silent protes terhadap kami. Mungkin kami tak sumbat mulut dia dengan sarapan pagi. Erm...entahlah malas nak layan. Nanti penghujung kursus taulah macam mana kami nak buat. Langsung tak ada sikap hormat terhadap pensyarah terutama kepada Tok Wan dan laoshimen. Jalan bengkang bengkok dan corner baring depa 'henjut' macam F1. Kepala pening, hati sakit, perut memulas nasib baik tak muntah @ terkentut.


Mood kami hampir hilang seketika. Tetapi itu semua tidak menghalang kami untuk meneruskan aktiviti sampingan. 5 acara disediakan; bawa bola ping pong guna chopstick, penuhkan botol air berlubang, teka kata (cai juzi), telefon karat (chuanhua youxi), dan blind folder. Walaupun aku tidak menang tetapi kumpulan (zu) aku (kumpulan Satu @ yi zu) berjaya mendapat tempat ke-2 keseluruhan. Kelihatan semuanya gembira dan ceria. Nah.....dulu depa kata tak best, la ni depa yang seronok sakan na... Kami tumpang bilik Akmal xianshang dan Alina xiaojie untuk tukar pakaian dan berehat seketika. Separuh daripada kami menumpang khemah Risha Nushi dan Sana Nushi. Hadiah dan hamper serta lucky draw (xingyun choujiang) turut disediakan. Ianya dikendalikan oleh Pak Yim dan Abg Jem. Tapi sayang aku tidak bertuah kali. Selepas itu kami mengadakan aktiviti bebas (ziyou huodong). Yaahoo...pi mandi, main air (xishui), bergambar sakan, berenang (youyong),terjun dan berendam. Naik sahaja dari mandi, pearch...betapa kebuluqnya kami. Apa yang ada kami bedal dan balun je. Kemas-kemas barang, mandi lebih kurang sahaja. Jam 3.30 petang kami bergegas pulang ke INTAN. Kami semua sangat letih. Sempat berhenti 'mencekik' di R&R Genting Sempah, tetapi aku tak turun dari bas. Malas sangat nak turun. Lepak-lepak layan mp3 sekejap. Lebih kurang 15 minit kamipun meneruskan perjalanan. Kebanyakannya dari kami tidur. Bagi aku, apalagi...buat teka teki-teka tekuk la..habis mata lum mau tido he he.. Kesian (kelian) Rossa terkepit terkemut-kemut menahan kencing he he.. Pemandu bas ini buat hal lagi. Entah ceruk mana dibawaknyer kami masuk ke Selayang, Batu Caves, Selayang Baru, entahlah tempat aku pun tak tau...celik2 mata sampai INTENGAH. Lawatan kali ini sangat bermakna (hen you yisi) dan memberi kenangan manis kepada kami. (gei wo liuxiale meihao de huiyi women tao) Sekian.
Kepada kenkawan yang masih tidak puas untuk menatap gambar semasa di Janda Baik, sila lawat sesawang dibawah.

3 comments:

  1. hen hao..ok dah..tukar dalam mandarin jer

    ReplyDelete
  2. wah kan main yer..jejalan..orang kat sini nak mampus buat keje heheh rasa nak terjun bangunan pun ado!

    ReplyDelete