Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Tuesday, December 27, 2011

Pindah bilik lagi.

Berpindah ke pejabat baru. Walaupun masih belum melepaskan pejabat lama. Susah kan, bila ada 2 pejabat. Begitulah andaikata apabila ada dua rumah tangga yang perlu diselaraskan dalam suatu masa. Walaupun pejabat baru tampak serba kekurangan, namun aku rehda dan pasrah itulah dunia kerjaku. walaupun dipersekitaran, maksud aku, orang lain semuanya telah lengkap peralatan serta selesa dengan persekitarannya. Mungkin bagi aku masih baru segalanya perlu bermula dari mula, dari bawah dari zero. namun aku akan tetap merindukan pejabat lamaku. Kerana disanalah aku membesar dan bercampur gaul dengan klik Marine. Disana juga aku seakan berada dirumah dan halaman sendiri, namun tidak lagi ditempat baru segalanya pasti janggal, kekok, sunyi dan sebagainya.

Rezekiku datang jua

Alhamdulillah..
Siapa sangka penantianku semenjak Dari bulan Jun-Dec 2011 berhasil. Berkat kesabaran & kecekalan membuahkan hasil. Terima kasih kepada Zaifudin, Husaini, Abg Man, En Aziz Dan sahabat-sahabat FusionExcel.com. Terima kasih kepada semua yang menyokong Dan percaya segala-gala kata-kataku. Perubahaan yang ketara Salam hidupku. Salam jutawan buat semua. Terima kasih.

Tuesday, November 22, 2011

Cakap tak serupa bikin

CINTA yang hadir tanpa dipaksa lebih indah daripada memaksa diri untuk mencintai atau dicintai. Petikan kata-kata ini sengaja diambil dari @FazleyYaakob#CINTA-. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau mati.

Teringat kepada seseorang. Tanpa diundang, tanpa diduga ianya terjadi sebuah pertemuan. Yang mana antara aku dan dia sahaja yang tahu. Kadang-kadang peluang dan ruang itu datang hanya sekali. Tetapi jika peluang itu datang berulang kali, ia juga dikira nasib.

Hati pernah berkata aku akan mengakhiri segalanya, namun itu datang dari mulut bukan dari hati. Seharian aku tidak tentu arah ke sana dan kemari. Bila dilihat speedo meter kereta ku telah beratus-ratus kilometer. Lain kali buat lagi hal seperti ini. Untuk pengajaran semua dan juga diri aku, aku berpesan; setiap temu janji, pertemuan, dating seharusnya double check sebelum tiba ke destinasi..jika tidak susah lah kita. Zaman semakin canggih namun kekadang itu tidak membantu sangat. Susah sangatnya nak mengesahkan jadi atau tidak jadi. Katakan jadi, tidak hamba ternanti-nanti, katakan tidak jadi, tidak hamba resah sendiri. Moral of the story buatlah comfirmation awal tidak diri dan raga merana.

Kepada yang sedang Final Test selamat maju jaya. Kini peluang semakin bertambah dari 20% ke 30%. Kini mungkin peluang itu bertambah menjadi 70%. Just smiles.

Monday, November 14, 2011

Tiada lagi kesakitan..

Kekadang semakin jauh aku meneruskan perjalanan semakin aku tidak tahu ke mana arah tujuku. Hendak menggangu teman-teman, hendak mengacau kenkawan bukanlah caraku, kerana aku tahu mereka mempunyai masa, bersama keluarga dan aktiviti sendiri. Tetapi jika tidak dihubungi, aku pula akan merasa serba salah. Tetapi the best way is jangan hubungi mereka cukuplah sekadar info dalam facebook. Tak salah kan? Tak mengapalah terpaksa mengeluarkan sedikit budget untuk melempiaskan penat, memejamkan mata dan tempat untuk berihat serta mandi manda seketika.

Untuk tempoh 2 hari ini sahaja, aku telah pun berkelana dari Melaka-Seremban-Taman Sentosa (Klang)-Taman Botanic-Kepong-Bangi-Kajang-Shah Alam dan beberapa tempa lagi. Betullah orang kata jauh berjalan luas pemandangan. Memang benar kata-kata tersebut. Malahan hari ini sahaja aku telah mengembara ke Lebuhraya yang tidak pernah aku lalui. Terlupa pulak nama tempatnya. Yang pasti dikiri kanan lebuhraya kelihatan tasik yang tenang, sesekali lihat seperti berada di Tambah Johor ataupun di Putrajaya. Itulah yang aku alami sehari dua ini.

Sesuatu yang sangat aku tidak duga ketika berlakunya penyelesaian masalah hari ini. Gigi gerahamku yang sakit sejak 3 minggu lepas telah berjaya dicabut. Itupun setelah kena 5 dos injection. Mak aii..darah terlalu banyak. Beberapa kali menukar kapas didalam mulut. Still berdarah. Masalahnya aku takut jarum dan darah. Tapi semua sudah berakhir alhamdulillah. Kesakitan tiada lagi, tiada lagi kerisauan, tidak perlu lagi mengambil ubat tahan sakit...

Sunday, November 13, 2011

Defeni

Walaupun semua orang menginginkan tarikh 11.11.11 sebagai satu tarikh keramat namun tiada apa nak diperkatakan pada tarikh tersebut. Namun tarikh 12.11.11 dan 13.11.11 tetap dalam ingatan. Jangan cemas tiada apa yang berlaku, cuma ketika aku menginap di Smart Hotel, Taman Botonic, Bukit Tinggi aku mengalami satu mimpi didalam mimpi. Satu nama Defeni muncul dalam mimpiku. Siapakah Defeni? Mengapakah dia datang. Beliau menghantui mimpiku sehingga dinihari dan kesiangan. Raut wajahnya putih gabungan setiap teman yang pernah bertahkta dihatiku. Sehingga kini aku bingung! Siapakah dia? My name is Defeni..

Defeni bercakap dengan pelat-pelat Tionghua tetapi agak fasih berbahasa Inggeris. Namun begitu kelihatan agak periang. Namun emosi agak tidak stabil yang kekadang sugul sesekali memekapkan mukanya dengan kedua-dua belah tangan seraya mengalirkan air mata. Aku tak sempat bertanya. Namun begitu pandai mengeluarkan jenaka bersahaja dan kekadang tawa hilainya membuatkan hatiku terhibur.

Tapi jam 6.05 pagi ianya berakhir tetiba Defeni hilang. Sehinggalah aku tertidur seketika dan Defeni muncul lagi dalam mimpiku. Dan aku terus tertanya siapakah Defeni? Just teringat she said " it's pain, terluka, pedih"

Sunday, October 30, 2011

Terjebak Ke Kancah Orkid

Salam buat semua. Akhirnya aku telah menceburkan diri ke kancah orkid/anggerik. Tanpa disedari bermula dengan hanya pembelian 3 jenis orkid di Mini MAHA Pahang awal tahun 2011 yang lepas. Segala-galanya bermula dari zero basic. Aku terpaksa belajar dan terus belajar. Pada peringkat awalnya just tahu nama biasa dan bukan nama saitifik. Malahan baru berjinak-jinak dengan buku antaranya Orkid Tanaman Hiasan Malaysia, Penjagaan Orkid-Karangkraf & Tumbuhan Liar-Terapialami. Ingin ku khabarkan apa yang aku ada terasa segan pulak, memandangkan aku masih terlalu baru senhinggakan nama-nama orkid tidak aku hafal @ tahu namanya. Yang aku tahu dari segi warna sahaja. Kini aku bergelar pengemar orkid/anggerik Malaysia.

Wednesday, October 12, 2011

Tiada lagi yang ku harapkan

petikan selingkar kisah "aku, dia dan lagu" ...Bukan kah pernah ku berkata, orang pernah ku sayang atau bakal ku sayang akan pergi meninggalkan ku . Tak mengapalah yang nak pergi tetap akan pergi. Sampai bila aku harus bertindak sebegitu. mereka ada kehidupan mereka sendiri. Pergilah carilah cari yang terbaik, ataupun the best among the best. Cuma cara mereka pergi agak dikesali. aku dikatakan tidak menghiraukan mereka. kekadang hidup kita terlalu sibuk, kekadang terlalu banyak untuk dikejar. mana satu kerjaya, mana satu bisnes, mana satu sukan, masih satu family. Tak mengapalah mereka tidak faham aku. Aku dikatakan tidak peduli akan mereka, dah sehinggakan mereka berkata mereka bukanlah orang penting @ not somebody. Aku dikatakan ada mempunyai teman yang lain selain mereka. selama ini ok sahaja. Just kerana kesibukan. hukuman telah terlaksana.. Akhirnya sia-sia penantian bertahun-tahun dek kerana salah anggap..sendiri lagi.