Salam buat semua. Akhirnya aku telah menceburkan diri ke kancah orkid/anggerik. Tanpa disedari bermula dengan hanya pembelian 3 jenis orkid di Mini MAHA Pahang awal tahun 2011 yang lepas. Segala-galanya bermula dari zero basic. Aku terpaksa belajar dan terus belajar. Pada peringkat awalnya just tahu nama biasa dan bukan nama saitifik. Malahan baru berjinak-jinak dengan buku antaranya Orkid Tanaman Hiasan Malaysia, Penjagaan Orkid-Karangkraf & Tumbuhan Liar-Terapialami. Ingin ku khabarkan apa yang aku ada terasa segan pulak, memandangkan aku masih terlalu baru senhinggakan nama-nama orkid tidak aku hafal @ tahu namanya. Yang aku tahu dari segi warna sahaja. Kini aku bergelar pengemar orkid/anggerik Malaysia.
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment