Kekadang semakin jauh aku meneruskan perjalanan semakin aku tidak tahu ke mana arah tujuku. Hendak menggangu teman-teman, hendak mengacau kenkawan bukanlah caraku, kerana aku tahu mereka mempunyai masa, bersama keluarga dan aktiviti sendiri. Tetapi jika tidak dihubungi, aku pula akan merasa serba salah. Tetapi the best way is jangan hubungi mereka cukuplah sekadar info dalam facebook. Tak salah kan? Tak mengapalah terpaksa mengeluarkan sedikit budget untuk melempiaskan penat, memejamkan mata dan tempat untuk berihat serta mandi manda seketika.
Untuk tempoh 2 hari ini sahaja, aku telah pun berkelana dari Melaka-Seremban-Taman Sentosa (Klang)-Taman Botanic-Kepong-Bangi-Kajang-Shah Alam dan beberapa tempa lagi. Betullah orang kata jauh berjalan luas pemandangan. Memang benar kata-kata tersebut. Malahan hari ini sahaja aku telah mengembara ke Lebuhraya yang tidak pernah aku lalui. Terlupa pulak nama tempatnya. Yang pasti dikiri kanan lebuhraya kelihatan tasik yang tenang, sesekali lihat seperti berada di Tambah Johor ataupun di Putrajaya. Itulah yang aku alami sehari dua ini.
Sesuatu yang sangat aku tidak duga ketika berlakunya penyelesaian masalah hari ini. Gigi gerahamku yang sakit sejak 3 minggu lepas telah berjaya dicabut. Itupun setelah kena 5 dos injection. Mak aii..darah terlalu banyak. Beberapa kali menukar kapas didalam mulut. Still berdarah. Masalahnya aku takut jarum dan darah. Tapi semua sudah berakhir alhamdulillah. Kesakitan tiada lagi, tiada lagi kerisauan, tidak perlu lagi mengambil ubat tahan sakit...
No comments:
Post a Comment