Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, May 24, 2009

Pencarian Lata Khong Melencong ke Air Terjun Chamang

Pencarian Lata Khong (Sg. Olak) belum berakhir. Penantian dari jam 8.00 mlm sampai 1.30 pagi sangat menyeksakan. Hujan lebat dan gerimis menambahkan lagi berat hati untuk pergi menyertai Ekpedisi Lata Khong. Namun wajah teman yang bermain di benak fikiran dan juga kawan-kawan baru, akhirnya muncul tiba di Plaza Tol Bentong (Karak-KL). 5 buah kereta dengan kekuatan seramai 15 orang. King, Elmi, Fasha, Hafiz, Ijan, Ippin, Jajaz dll. (maaf nama lu orang gua lupa, tapi muka gua ingat). Lantaran itu kami bersalaman dan berkenal-kenal seringkas minima yang boleh. Sempat juga kami mengisi ruang perut yang masih kosong dan bernyanyi di Restoran Buluh lebih kurang 2km dari bandar Bentong.

Selepas itu kami terus bergerak ke lokasi. Terasa amat jauh sangat dan sejuk apabila menunggang EX5. Ianya hanya mengambil masa selama 20 minit, dimana terpaksa menghala ke Karak dan U-Turn kembali dan memamasuki susur ke kiri sebelum Kg Sg Dua. Cabaran bermula dengan corner 'U' yang sempit (hanya sebuah kereta) dan berliku. Penuh kegelapan dan hutan disebelah kiri-kanan. Terpaksa menempuh perkampungan orang asli. Turun bukit, naik bukit. Sesekali terpaksa mencantas lalang yang berjuntai menghalang perjalanan kami.



Akhirnya penat lelah kami berbaloi, jam 2.45 pagi. Kami terus parkir yang mengambil masa setengah jam, memandangkan tempat untuk U-turn sempit sangat. Peralatan dan perkakasan telah siap disandang dan dijinjing untuk menuruni bukit yang curam lebih kurang 500 meter. Dari jauh telah kedengaran desir air dan dengung air terjun Lata Khong. MasyaAllah! indahnya air terjun. Tinggi dan nyaman. Namun ianya hanya digambarkan dalam kegelapan malam. Tapi sayang seribu kali sayang, 'port' untuk kami camping telah penuh dengan 4x4 Group. Angin, frust, marah semua ada. Ingatkan nak joint tetapi tempat terlalu sempit, tak cukup untuk kami 15 orang. Tambahan pula air baru sahaja bah (pasang)(kepala air). Sempat juga kami meninjau persekitaran dalam kegelapan tersebut dan kami terpaksa membuat keputusan untuk beredar. Selamat tinggal Lata Khong. Kami akan kembali lain masa. Salah kami juga kerana siapa suruh buat kerja gila pukul 2.30 pagi.




Lebih kurang jam 3.30 pagi kami berkemas-kemas dan meneruskan perjalanan ke Air Terjun Chamang lebih kurang 30km jaraknya. Aku menunggu di Petronas dan terpaksa meninggalkan 'kuda' disana dan menumpang kereta Hafiz bersama King dan Ijan. Selepas itu, 1 kereta 1 couple telah quit. Kami terpaksa meneruskan Ekpedisi Gila Pagi dengan kekuatan seramai 13 orang anggota. Akhirnya kami sampai juga di Air Terjun Chamang. Lagi best, bunyi air lagi kuat, lagi besar, hembusan air sampai ke gigi telinga. Kami terus meniti jambatan gantung untuk ke camp site. Apalagi, kecoh ribut dengan badan letih, terhoyong hayang atas tali jambatan gantung ni. Pasang khemah dan pasang open fly terus baring. Penat! Ingat nak tido, tetapi diaorang still memekak je. Tepat jam 5.30 pagi apalagi terpaksa aku off 'lampu ayam'. Sedar-sedar jam 7.30 pagi. Apalagi pi gosok gigi dan lepas hajat terus bawa kenkawan menghampiri air terjun. (3 minit jalan kaki dari tapak) Indah, best, nyaman, bukan apa orang belum sampai lagi, itu yang membuatkan kami macam 'Raja' sakan.


Ialah celik-celik mata nak makan. Tukang masak penat. Akhirnya sama-samalah kami memasak. Aku tumpang 'tui' tolong basuh-basuh apa yang patut. Sesekali tumpang rasa dan tumpang ratah ayam dan pedal goreng. Kepada yang membuta, emm..memang bestlah. Ada gak yang main 'galah panjang' dan 'polis century'. Nak mandi sejuk lagi.. Makan breakfast+launch telah disediakan. Apalagi, anak-anak sila beratur ambil makanan. Jangan berebut yer. (sebiji.. macam pelarian kem) ha ha ha. Wow! macam kat rumah la pulak; ayam kurma, sayur campur dan udang goreng butter.

Selepas makan berteraburlah dengan aktiviti masing-masing, ada yang bergambar di kaki air terjun, terjun tiruk, santai-santai. Siap bergambar dalam air lagi. Maklumlah diaorang ada camera water proof. Aku? Apalagi.... aktiviti merendamkan badan sambil menyabun muka, kepala dan badan sampai berbuih. Entah macam mana diaorang ajak aku pergi body rafting dari ulu jeram ke hiliran. Apa itu body rafting? Mengapungkan diri dan membiarkan diri hanyut. Adoh sakit mak. Kepala lutut dan pinggang terhentak batu. Terminum air jangan ceritalah. 6 orang berpegang tangan tanpa lepas, memang cari nahas kerana lorong air hanya muat untuk satu orang, yang terpaksa lalu atas air, tersadong batu besar timbul, melambung terhentak batu dalam air macam cerita BOLOS Astro. Banyak pengalaman yang best. Terpegan dan terpeluk biasalah, maaf tak disengajakan demi nak menyelamatkan kenkawan. Sedih gak sebab aku tak boleh teruskan kerana lutut bengkak. Diaorang terus berhibur dan bersuka ria. Lama kelamaan air terjun Chamang dipenuhi oleh pengunjung. Meriah sangat-sangat. Ayuh berkunjunglah kesini. Kepada para 'skodeng' inilah syurga mereka. Group Young Couple terlalu ramai.



Jam 5 petang kami berkemas pulang.






Thursday, May 14, 2009

Kerja

RAJIN BEKERJA RAJIN BERCAKAP
** BAGUS **

RAJIN BEKERJA MALAS BERCAKAP
** KENA BULI **

RAJIN BEKERJA TIDAK PONTENG
**SMART **

MALAS BEKERJA RAJIN BERCAKAP
**WAYANG CINA**

MALAS BEKERJA SUKA MENGADU
** LANGAU HIJAU*

MALAS BEKERJA SELALU PONTENG
**LEBIH BAIK BERHENTI**

MALAS BEKERJA SUKA TERMENUNG
**LEBIH BAIK MATI**

Sunday, May 10, 2009

Apa itu 'botak'

BOTAK - Bermaksud gondol, licin, bubus, dogol, lokus, tukung, tidak berambut, tidak berdaun, dogel, togel, tidak berbulu, tidak berekor, tidak bertanduk dan tidak berbalung seperti yang dinyatakan didalam tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Menurut kamus Inggeris-Melayu Dewan; Botak ialah bald- without hair (ref to person, head) (without feathers, fur)
Ada sesetengah pendapat mengatakan yang botak itu seksi. Apa yang pasti orang berkepala botak dikatakan seorang yang pemikir yang berjaya. Anda boleh lihat ramai pemimpin kita yang seperti ini, tanpa perlu dipertikaikan lagi. Dan bagi sesetengah masyarakat, ini merupakan satu perkara jelek apabila membicara tentang BOTAK. Apapun tanggapan orang ramai yang pasti bagi yang berkepala botak jangan rasa berkecil hati kerana setiap yang kurang 'di atas' atas diberikan kelebihan 'tang lain'

Wednesday, May 6, 2009

Bercerita tentang kawan

Bila duduk seorang diri teringatlah pulak kat kawan-kawan. Syaitan pun mulalah keluar tanduk. Tambahan pulak orang lain ngah bercuti, (Pahang Cuti Hari Hol) awak standby sorang-sorang kat pejabat ni, uhu..... Tetapi itulah asyik kita je yang ingat kawan-kawan, kawan-kawan buat 'deq' je. adoi.... Inilah masa yang paling best untuk berangan beb. Berangan tahap paling best sekali. Teringat kawan-kawan sewaktu susah senang, teringat kawan-kawan masa hapi, teringat kawan sekolah, teringat kawan sewaktu kerja 'kilang' dulu dan macam-macam dah masuk dalam otak ni. Hampir kena virus...Itulah jangan fikirkan sangat, sesekali teringat tak pe. Diaorang dah maju ke depan, aku masih lagi disini. Yang pasti, agak-agaknya orang yang kita ingat tu, sama macam kita ke? Adakah kita sedang mengingati beliau, beliau ingat kita? Adakah kita rindu dia, dia rindu kita? Entahlah...Apa-apapun tahniah kepada kawan-kawanku yang telah berjaya di dunia dan di akhirat. Harap dilupa jangan...
Kekadang terfikir gak, untuk apa kita berkawan? Kadang-kadang kita akan disalahertikan apabila terlalu baik dengan kawan-kawan. Apa tidaknya, kita berbuat baik, depa dok kata, hang bodeklah, baik ada maknalah. Nada macam bergurau tapi biso bonar. heh heh tak dapet den nak menolongnyo. Baru nak dekat-dekat sikit, dikatakanya kita ni mengada-ngada bak kata orang sekarang poyolah. Tapi kalau kita buat 'deq' je, mak aii... pandailak mengata kita sombong.
Satu lagi bila kita agak 'berada' sikit, wah wah diaorang punya himpit 'kaw-kaw' punyer tetapi bila dah 'tak berapa nak ada', nak jumpa kita pun mengelak. Inilah ragam dunia, yang kaya, berharta, berada sentiasa dipuja tetapi bagi yang miskin, tak berharta dan 'tak berapa nak ada' sentiasa dicela. Emmm... hampeh. Tetapi jangan kita harus lupa itu sementara sahaja kerana suatu masa pusingan roda hidup kita sentiasa berputar-putar. Adakala kita berada diatas adakala dibawah. Tak percaya? abaikan...Ini bukan omongan kosong sekadar ingin berkongsi pendapat dan sekadar pencetus minda.
Keduanya bila kita nak minta tolonglah contohnya, cepat sangat menolak dan nak dengar pun tak sudi. Tetapi kalau kena 'tang' batang hidung dia, amboi..tolonglah, kali ni je..janji aku bayar balik dan macam-macamlah menanah telinga aku ni...ermmm...
Ketiganya, ada juga kawan-kawan apabila kita cakap terus terang, yang mana kita tak mampu nak tolong, dia pulak marah dan terus putus kawan. Jikalau kita tak mampu nak tolong kawan, nak buat cam ner..tak kan nak cakap aku cuba tolong. Kalau macam ni punya kawanlah, tak pe, hilang satu datang beribu. Chewahhh...

Lelaki Handsome Vs Lelaki Tak Handsome

Kalau lelaki handsome pendiam,
perempuan akan cakap:
woow, cool giler...
kalau lelaki x handsome pendiam,
perempuan akan cakap:
eh perasan bagus...
kalau lelaki handsome berbuat jahat,
perempuan akan kata:
nobody's perfect
kalau lelaki x handsome berbuat jahat,
perempuan akan cakap:
memang.... muka macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu,
perempuan akan cakap:
wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki x handsome menolong perempuan yang diganggu,
perempuan akan kata:
entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik,
perempuan akan kata:
sepadan sangat...
kalau lelaki x handsome dapat perempuan cantik,
perempuan akan kata:
mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih,
perempuan akan kata:
jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki x handsome ditinggal kekasih,
perempuan akan kata:...
(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang,
perempuan akan cakap:
perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki x handsome sayang binatang
perempuan akan cakap:
sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau lelaki handsome bawa BMW,
perempuan akan cakap:
matching... hebat luar dalam
kalau lelaki x handsome bawa BMW,
perempuan akan cakap:
bang, bosnya mana?...
kalau lelaki handsome tak mau bergambar,
perempuan akan cakap:
pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki x handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata:
tak sanggup melihat hasilnya ya?...
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan,
perempuan akan cakap:
ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki x handsome menuang air ke gelas perempuan,
perempuan akan cakap:
naluri pembantu, memang begitu....
kalau lelaki handsome bersedih hati,
perempuan akan cakap:
let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki x handsome bersedih hati,
perempuan akan kata:
kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Monday, April 27, 2009

Foto Pilihan II


tumbuhan hutan..kadang-kadang lagi cantik

buat rumah flat ke?
hisap rokok or hisap asap

siapa pulak tu? The botak & The beast rock


nampak tenang..tapi berbahaya..

jantan paling seksi dalam hutan ni..

ingatkan daun....

bunga baru nak mekar berkembang..

hai..dua botak ni..apa yg kau buat ni?


kaulah lawan kaulah kawan

Sunday, April 26, 2009

Memori 2005

2005 dalam memori, ianya datang kembali. Memang hidup aku ni penuh dengan dugaan dan malang bertimpa-timpa agaknya buat diriku. Hati rasa tak tenteram sahaja. Aku telah ditimpa kemalangan sekali lagi dimana ketika itu semasa hendak pergi bertugas lebih kurang jam 7.15 pagi di RC, Pusat Bandar Damansara. (Ketika tiba dipersimpangan 4, Jalan Travers ketika itu traffic-light lampu hijau, aku teruskan perjalanan dengan motosikal ku WHT 7781 ke pejabat. Dengan tidak disangka-sangka sebuah kereta Nissan Sunny dari arah kanan terus meluru dan melanggar aku tanpa sebaran amaran atau hon mengenai tepat kaki kananku. Berdentummmm! Akibat hentaman yang kuat itu aku terpelanting dan berguling-guling bersama-sama motosikalku. Bertaburan segala isi beg sandangku. Helmet pun tercabut, betapa kuatnya kesan pelanggaran tersebut. Keadaan panik sektika, orang ramai cuba membantu. Aku cuba bangun tetapi tidak berdaya dan kembali terduduk dalam keadaan berlunjur. Kejam betul pemandu kereta tu, beliau cuba untuk melarikan diri ditengah hiruk pikuk dan tergilis kaki kananku. Aduh..Ya Allah, masih aku ada harapan untuk hidup sambil berkata di dalam hati. (mungkin hidup selepas ini terjejas teruk) Selepas itu, pandangan ku kabur, sedar-sedar aku dah berada di General Hospital, Kuala Lumpur. Hampir 2 jam aku tak sedarkan diri. Kaki kanan ku patah 4, luka parah dan buku lali kiriku remuk. Apa yang menyedihkan, kakiku telah pun disimen dan ada 'tingkap' pada keting kaki kerana luka parah terpacak serpihan besi ataupun fiber. Aku diarahkan untuk MC selama 6 bulan.

Terima kasih kepada Hisyam, Amir, Basha, Cif Jaapar, Cif Timah, An, Lynn, Acik, Fiza, Wada, Pn. Normala, Udin, Fadzli dan lain-lain yang sudi datang menjengok ku. Rasa terharu kerana ramai yang sudi datang melawatku. Aku diarahkan pulang kerumah pada beberapa hari berikutnya. Dengan sudah payah aku terpaksa berehat di rumahku, Brickfeilds, Kuala Lumpur. Bosan dan macam orang gila rasanya selama 6 bulan begini. Aku terpaksa menukar simen kepada green fiber bagi melicinkan pergerakan terutama untuk memudahkan pergi buang air, pergi ke dapur dan pergi kebalkoni. Aduh mak...sakitnya apabila simen tersebut perpaksa dipecahkan untuk digantikan dengan green fiber. Ya Allah, kurusnya kakiku (mengecut) pucat dan putih. Maklumlah tak kena cahaya berapa lama. Setiap hari penuh keinsafan dan kesedihan tatkala termenung dijendela rumah ku. Apabila kita susah, hanya seketika sahaja orang akan simpati selebihnya 'lu tanggung la sendiri' betul ..... itulah hakikatnya. Bukan aku nak minta simpati atau bantuan tetapi ketika itulah, baru ku kenal siapa kawan, siapa lawan. Kawan yang dulu baik sangat, jenguk pun tidak..(tetapi bukan semua) Namun begitu ada insan yang perihatin seperti member-member dari Sabah Sarawak hantar macam-macam, Ikan terubuk, kek lapis, air kotak Fresh N Fresh dan pelbagai lagi. Terharunya... terima kasih buat Haman, Tini, Pak Harun, Abg Hussien, Pak Shaidin...Sepanjang aku sendirian di rumah selama 6 bulan, Saiful seringkali membantu tolong drivekan kereta untuk pergi berikhtiar, berubat di merata tempat. Sebut sahaja 'bomoh patah' aku akan pergi. Duit usah ceritalah, banyak dah dihabiskan dengan harapan cepat sembuh. Kami terus menjejaki bomoh patah ke Serendah, Kajang, Janda Baik, Rawang dan lain-lain tempat. Macam-macam aku dah cuba, jampi sireh, dibalut dengan keladi gatal, dibalut dengan daun lidah buaya, bedah batin semuanya dah aku cuba, tak tau yang mana satu mujarab. (Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui) Aku juga sering berulang-alik ke GH di unit Fisioterapi menggunakan Land Cruisher Jabatan. Kadang-kadang naik teksi, kadang-kadang mohon bantuan Saiful, kadang-kadang tumpang lah sesiapa sahaja. Sekarang peristiwa itu berlaku sudah hampir 3 tahun yang lalu. Tak mengapalah biarlah ianya menjadi satu kenangan hitam yang tak mungkin boleh ku lupakan yang hampir-hampir meragut nyawaku. Syukur Alhamudulillah ALLAH masih sayangkan aku dan masih memberiku peluang untuk meneruskan hidup seperti sediakala.


Sebaik sahaja aku sembuh, (sedikit tempang, tetapi Alhamdulillah aku masih punyai kaki dan mampu untuk berdiri dan begerak) aku ditawarkan untuk mengikuti kursus SP di AKMAL, Melaka selama 6 bulan. Apa lagi, aku tidak menoleh ke belakang terus mempersiapkan diri dan bersedia untuk menghambakan diri di AKMAL. Seramai 25 orang yang hadir dari 40 orang calon. Aku terpaksa meninggalkan keluarga, teman-teman, duka-lara konon-kononya untuk releize tension sambil menimba ilmu. Aku dipertemukan dengan sahabat-sahabat baru yang datang dari seluruh negara. Salam ingatan buat Hasni, Aida, Gee, Fauzi, Zalila, Yeop, Dollah, Bujang, Waei, Faizal, Zain, Farizar, Basma, Kak Timah, Din, Zaharah, Khair (maaf aku terlupa lagi beberapa nama). Kenangan bersama kalian amat segar dalam ingatan. Dapat membuat assignment, lawatan, (Langkawi - Bukit Kayu Hitam - Kota Bahru - Rantau Panjang - Sentubong Sarawak - Port Klang - Johor Bahru - Danga Bay) penyamaran ( UTK, Risik), operasi (SJR dan RL) sukan (bolasepak, bolatampar, badminton), teather, rekreasi (karaoke), ADK, exam dan yang pasti dapat kenal hati budi kalian. AKMAL pemulanya disini.

Terlalu padat dan penuh memori untuk digambarkan suka duka selama 6 bulan di AKMAL. Terlalu banyak ilmu yang telah diperturunkan kepada kami dalam membentuk dan menjadikan kami insan kamil. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga, kami ucapkan kepada pensyarah kami, Tn. Jainon Sarjo, Tn Roslan Yassin (pakar kaunseling), Ustaz Daud, Pn. Radziah, Cif Omar dan seluruh warga AKMAL 2005 yang saya tertinggal menyebut nama kalian. Tanpa kalian aku tidak menjadi orang berguna seperti hari ini. Tidak lengkap ucapan ini tidak ditujukan kepada warga kerja Kantin AKMAL. Kami rindu masakan enak yang kalian hidangkan. Banyak perkara yang hendak aku coretkan tetapi ianya terlalu subjektif, sentimental dan astrak untuk dihuraikan. Aku amat beruntung kerana rakan-rakan, keluarga dan pensyarah mendoakan kejayaanku (sempat berbuat sholat hajat dan kenduri). Ketika itu orang sibuk interview, maka aku pun mencuba nasib. Akhirnya ALLAH Maha Kaya, Maha Pemurah telah memperkenankan doa kalian dan juga doaku. Akhirnya aku berjaya dalam interview tersebut dan diriku tercampak ke Bentong, Pahang pada penghujung 2005. Dalam diam tak diam, aku hilang dari pandangan rakan-rakan di Kuala Lumpur selama setahun. (MC 6 bulan + Kursus SP 6 bulan.) Maka dengan ini, cukuplah sekadar ku gambarkan melalui foto sebagai kenangan dan memori. Takut-takut ianya menguris perasan mereka yang terdapat dalam gambar ini. Sekadar untuk ingatan dan kenangan.


bersama Hasni (Roy)
bersama Dollah (senget) di Rantau Panjang

kaki berbalut-balut boleh ke main bola?

Gambar tersebut diambil semasa riadah petang ketika bermain bolatampar dan bolasepak. Antara lain jogging bersama Ketua Menteri Melaka, Sambutan Maulidur Rasul, latihan menembak, lawatan ke Pulau Payar Langkawi, lawatan ke Bayu Beach Resort, gotong royong membersihkan surau, lawatan ke pokok pitis Kelantan, latihan menembak, pesta durian dan ketika menjadi hulubalang Melaka.