Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, April 26, 2009

Memori 2005

2005 dalam memori, ianya datang kembali. Memang hidup aku ni penuh dengan dugaan dan malang bertimpa-timpa agaknya buat diriku. Hati rasa tak tenteram sahaja. Aku telah ditimpa kemalangan sekali lagi dimana ketika itu semasa hendak pergi bertugas lebih kurang jam 7.15 pagi di RC, Pusat Bandar Damansara. (Ketika tiba dipersimpangan 4, Jalan Travers ketika itu traffic-light lampu hijau, aku teruskan perjalanan dengan motosikal ku WHT 7781 ke pejabat. Dengan tidak disangka-sangka sebuah kereta Nissan Sunny dari arah kanan terus meluru dan melanggar aku tanpa sebaran amaran atau hon mengenai tepat kaki kananku. Berdentummmm! Akibat hentaman yang kuat itu aku terpelanting dan berguling-guling bersama-sama motosikalku. Bertaburan segala isi beg sandangku. Helmet pun tercabut, betapa kuatnya kesan pelanggaran tersebut. Keadaan panik sektika, orang ramai cuba membantu. Aku cuba bangun tetapi tidak berdaya dan kembali terduduk dalam keadaan berlunjur. Kejam betul pemandu kereta tu, beliau cuba untuk melarikan diri ditengah hiruk pikuk dan tergilis kaki kananku. Aduh..Ya Allah, masih aku ada harapan untuk hidup sambil berkata di dalam hati. (mungkin hidup selepas ini terjejas teruk) Selepas itu, pandangan ku kabur, sedar-sedar aku dah berada di General Hospital, Kuala Lumpur. Hampir 2 jam aku tak sedarkan diri. Kaki kanan ku patah 4, luka parah dan buku lali kiriku remuk. Apa yang menyedihkan, kakiku telah pun disimen dan ada 'tingkap' pada keting kaki kerana luka parah terpacak serpihan besi ataupun fiber. Aku diarahkan untuk MC selama 6 bulan.

Terima kasih kepada Hisyam, Amir, Basha, Cif Jaapar, Cif Timah, An, Lynn, Acik, Fiza, Wada, Pn. Normala, Udin, Fadzli dan lain-lain yang sudi datang menjengok ku. Rasa terharu kerana ramai yang sudi datang melawatku. Aku diarahkan pulang kerumah pada beberapa hari berikutnya. Dengan sudah payah aku terpaksa berehat di rumahku, Brickfeilds, Kuala Lumpur. Bosan dan macam orang gila rasanya selama 6 bulan begini. Aku terpaksa menukar simen kepada green fiber bagi melicinkan pergerakan terutama untuk memudahkan pergi buang air, pergi ke dapur dan pergi kebalkoni. Aduh mak...sakitnya apabila simen tersebut perpaksa dipecahkan untuk digantikan dengan green fiber. Ya Allah, kurusnya kakiku (mengecut) pucat dan putih. Maklumlah tak kena cahaya berapa lama. Setiap hari penuh keinsafan dan kesedihan tatkala termenung dijendela rumah ku. Apabila kita susah, hanya seketika sahaja orang akan simpati selebihnya 'lu tanggung la sendiri' betul ..... itulah hakikatnya. Bukan aku nak minta simpati atau bantuan tetapi ketika itulah, baru ku kenal siapa kawan, siapa lawan. Kawan yang dulu baik sangat, jenguk pun tidak..(tetapi bukan semua) Namun begitu ada insan yang perihatin seperti member-member dari Sabah Sarawak hantar macam-macam, Ikan terubuk, kek lapis, air kotak Fresh N Fresh dan pelbagai lagi. Terharunya... terima kasih buat Haman, Tini, Pak Harun, Abg Hussien, Pak Shaidin...Sepanjang aku sendirian di rumah selama 6 bulan, Saiful seringkali membantu tolong drivekan kereta untuk pergi berikhtiar, berubat di merata tempat. Sebut sahaja 'bomoh patah' aku akan pergi. Duit usah ceritalah, banyak dah dihabiskan dengan harapan cepat sembuh. Kami terus menjejaki bomoh patah ke Serendah, Kajang, Janda Baik, Rawang dan lain-lain tempat. Macam-macam aku dah cuba, jampi sireh, dibalut dengan keladi gatal, dibalut dengan daun lidah buaya, bedah batin semuanya dah aku cuba, tak tau yang mana satu mujarab. (Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui) Aku juga sering berulang-alik ke GH di unit Fisioterapi menggunakan Land Cruisher Jabatan. Kadang-kadang naik teksi, kadang-kadang mohon bantuan Saiful, kadang-kadang tumpang lah sesiapa sahaja. Sekarang peristiwa itu berlaku sudah hampir 3 tahun yang lalu. Tak mengapalah biarlah ianya menjadi satu kenangan hitam yang tak mungkin boleh ku lupakan yang hampir-hampir meragut nyawaku. Syukur Alhamudulillah ALLAH masih sayangkan aku dan masih memberiku peluang untuk meneruskan hidup seperti sediakala.


Sebaik sahaja aku sembuh, (sedikit tempang, tetapi Alhamdulillah aku masih punyai kaki dan mampu untuk berdiri dan begerak) aku ditawarkan untuk mengikuti kursus SP di AKMAL, Melaka selama 6 bulan. Apa lagi, aku tidak menoleh ke belakang terus mempersiapkan diri dan bersedia untuk menghambakan diri di AKMAL. Seramai 25 orang yang hadir dari 40 orang calon. Aku terpaksa meninggalkan keluarga, teman-teman, duka-lara konon-kononya untuk releize tension sambil menimba ilmu. Aku dipertemukan dengan sahabat-sahabat baru yang datang dari seluruh negara. Salam ingatan buat Hasni, Aida, Gee, Fauzi, Zalila, Yeop, Dollah, Bujang, Waei, Faizal, Zain, Farizar, Basma, Kak Timah, Din, Zaharah, Khair (maaf aku terlupa lagi beberapa nama). Kenangan bersama kalian amat segar dalam ingatan. Dapat membuat assignment, lawatan, (Langkawi - Bukit Kayu Hitam - Kota Bahru - Rantau Panjang - Sentubong Sarawak - Port Klang - Johor Bahru - Danga Bay) penyamaran ( UTK, Risik), operasi (SJR dan RL) sukan (bolasepak, bolatampar, badminton), teather, rekreasi (karaoke), ADK, exam dan yang pasti dapat kenal hati budi kalian. AKMAL pemulanya disini.

Terlalu padat dan penuh memori untuk digambarkan suka duka selama 6 bulan di AKMAL. Terlalu banyak ilmu yang telah diperturunkan kepada kami dalam membentuk dan menjadikan kami insan kamil. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga, kami ucapkan kepada pensyarah kami, Tn. Jainon Sarjo, Tn Roslan Yassin (pakar kaunseling), Ustaz Daud, Pn. Radziah, Cif Omar dan seluruh warga AKMAL 2005 yang saya tertinggal menyebut nama kalian. Tanpa kalian aku tidak menjadi orang berguna seperti hari ini. Tidak lengkap ucapan ini tidak ditujukan kepada warga kerja Kantin AKMAL. Kami rindu masakan enak yang kalian hidangkan. Banyak perkara yang hendak aku coretkan tetapi ianya terlalu subjektif, sentimental dan astrak untuk dihuraikan. Aku amat beruntung kerana rakan-rakan, keluarga dan pensyarah mendoakan kejayaanku (sempat berbuat sholat hajat dan kenduri). Ketika itu orang sibuk interview, maka aku pun mencuba nasib. Akhirnya ALLAH Maha Kaya, Maha Pemurah telah memperkenankan doa kalian dan juga doaku. Akhirnya aku berjaya dalam interview tersebut dan diriku tercampak ke Bentong, Pahang pada penghujung 2005. Dalam diam tak diam, aku hilang dari pandangan rakan-rakan di Kuala Lumpur selama setahun. (MC 6 bulan + Kursus SP 6 bulan.) Maka dengan ini, cukuplah sekadar ku gambarkan melalui foto sebagai kenangan dan memori. Takut-takut ianya menguris perasan mereka yang terdapat dalam gambar ini. Sekadar untuk ingatan dan kenangan.


bersama Hasni (Roy)
bersama Dollah (senget) di Rantau Panjang

kaki berbalut-balut boleh ke main bola?

Gambar tersebut diambil semasa riadah petang ketika bermain bolatampar dan bolasepak. Antara lain jogging bersama Ketua Menteri Melaka, Sambutan Maulidur Rasul, latihan menembak, lawatan ke Pulau Payar Langkawi, lawatan ke Bayu Beach Resort, gotong royong membersihkan surau, lawatan ke pokok pitis Kelantan, latihan menembak, pesta durian dan ketika menjadi hulubalang Melaka.

No comments:

Post a Comment