Mood kami hampir hilang seketika. Tetapi itu semua tidak menghalang kami untuk meneruskan aktiviti sampingan. 5 acara disediakan; bawa bola ping pong guna chopstick, penuhkan botol air berlubang, teka kata (cai juzi), telefon karat (chuanhua youxi), dan blind folder. Walaupun aku tidak menang tetapi kumpulan (zu) aku (kumpulan Satu @ yi zu) berjaya mendapat tempat ke-2 keseluruhan. Kelihatan semuanya gembira dan ceria. Nah.....dulu depa kata tak best, la ni depa yang seronok sakan na... Kami tumpang bilik Akmal xianshang dan Alina xiaojie untuk tukar pakaian dan berehat seketika. Separuh daripada kami menumpang khemah Risha Nushi dan Sana Nushi. Hadiah dan hamper serta lucky draw (xingyun choujiang) turut disediakan. Ianya dikendalikan oleh Pak Yim dan Abg Jem. Tapi sayang aku tidak bertuah kali. Selepas itu kami mengadakan aktiviti bebas (ziyou huodong). Yaahoo...pi mandi, main air (xishui), bergambar sakan, berenang (youyong),terjun dan berendam. Naik sahaja dari mandi, pearch...betapa kebuluqnya kami. Apa yang ada kami bedal dan balun je. Kemas-kemas barang, mandi lebih kurang sahaja. Jam 3.30 petang kami bergegas pulang ke INTAN. Kami semua sangat letih. Sempat berhenti 'mencekik' di R&R Genting Sempah, tetapi aku tak turun dari bas. Malas sangat nak turun. Lepak-lepak layan mp3 sekejap. Lebih kurang 15 minit kamipun meneruskan perjalanan. Kebanyakannya dari kami tidur. Bagi aku, apalagi...buat teka teki-teka tekuk la..habis mata lum mau tido he he.. Kesian (kelian) Rossa terkepit terkemut-kemut menahan kencing he he.. Pemandu bas ini buat hal lagi. Entah ceruk mana dibawaknyer kami masuk ke Selayang, Batu Caves, Selayang Baru, entahlah tempat aku pun tak tau...celik2 mata sampai INTENGAH. Lawatan kali ini sangat bermakna (hen you yisi) dan memberi kenangan manis kepada kami. (gei wo liuxiale meihao de huiyi women tao) Sekian.
Kepada kenkawan yang masih tidak puas untuk menatap gambar semasa di Janda Baik, sila lawat sesawang dibawah.