Tanggal 26hb Ogos 1970, jam 2.30 petang aku telah dilahirkan di sebuah rumah usang di Kampung Kuala Dong, Raub Pahang. Sebuah kampung tradisi yang sedikit jauh dari jalanraya utama. Ketika itu kedua orang tuaku berumur 33 tahun. Satu kampung bergembira mendengarkan kelahiran bayi comel, putih lagi tembam. Wan dan Aki Tok Untung terus mengadakan kenduri kesyukuran. Maklumlah ketika itu Tok Untung adalah orang yang paling kaya sekali dalam daerah Raub. Ayahku Deraman bin Husin dan Ibuku Rahmah bte Mat Taib telah berjaya mendapatkan anak yang ke-5 (bongsu) selepas Abdul Manap@Tam (ke-empat), Abdul Rauf@De(ke-tiga), Mariam@Ngah(ke-dua) dan Abdul Aziz@Long (pertama). Nama yang diberikan selepas kelahiran ialah Abdul Latif yang bermaksud hamba Allah Yang lemah lembut. Aku juga mempunyai nama timangan 'tiq'. Saban hari aku dibesarkan dalam keadaan susah tetapi suasana kampung yang sangat meriah. Aku ni seorang yang pendiam dan pemalu. Seingat aku keluarga aku ketika itu, pernah mengusahakan sawah secara manual. Pernah juga mengusahakan kebun-kebun durian, rambutan dan langsat. Setakat tanaman kontan seperti pisang, ubi dan sayuran tak payah beli. Begitu juga kalau nak makan ikan sungai, sekali ayahku tebar jala lepas makan barang seminggu. Lagipun Sungai Lipis dekat cuma beberapa langkah dari rumah sahaja. Tetapi untuk mendapatkan wang memang susah.
Seingat aku, ketika umurku di awal 5 tahun, aku suka merayau seorang diri ke kampung berhampiran tanpa rasa takut. Maklumlah ketika itu ibuku sakit (2 tahun ) kerana dikatakan terkena buatan orang. Beliau tampak sihat tetapi seperti hilang ingatan atau dalam erti kata lain beliau akan sentiasa bernyanyi sepanjang masa tanpa memperdulikan anak bongsu nya ini. Lantaran itu ramai keluarga ingin menjadikan aku nak angkat ketika itu. Maka ramailah mak angkat dah ayah angkat ketika itu. Terima kasih buat Mak Kiah (arwah) dan Mak Miah. Jasa kalian tetap dalam ingatan dan tidak boleh ditukar ganti.
Proses pembesaran aku sama macam orang lain, cuma kekurangan kasih sayang dari seorang Ibu. Nama sahaja anak bongsu tetapi kesemua adik beradik lain sudah tidak tinggal dikampung, Abang Long kerja di DBKL, Kuala Lumpur, Kak Ngah belajar di Sekolah Agama, Pekan, Abang Tam bersekolah di Asrama Sekolah Air Putih, Kuantan manakala Abang De berkerja di RTM, Kuala Lumpur. Terbit sahaja fajar aku terus mengerakkan kaki ke kampung sebelah dengan menyeberangi Sungai Dong seorang diri, bayangkan seorang kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun bergerak seorang diri. Aku menjadi budak kampung tulin ketika itu. Trademark aku ketika itu baju besar (baju abang) sampai lutut sampaikan seluar pun tak nampak. Rakan-rakan ku semuanya lebih tua dari ku. Sempatlah bermain 'kondang-kondi', perang pistol cenerai, terjun dari pokok ke sungai, 'skodeng' dan sebagainya. Dulu-dulu pun kami sudah bermain bolasepak pantai, tetapi kat pasir sungailah. Yelah masa itu mana ada TV macam zaman sekarang (kalau adapun kena bayaran, itupun bila nak tengok cerita COMBAT), celik mata sahaja ASTRO ada. Kecik-kecik aku dah pandai mengebom ikan dan juga mengaran ikan kalah Mc Gaywer dan Insp Gadget. Tatkala menjelang tengahari kawan-kawan semuanya balik ke rumah, aku hanya mengikut sesiapa sahaja yang mempelawa. Apa boleh aku buat ketika itu, perut lapar tahan ajelah. Bila mereka ajak makan, aku akan beri alasan mak tak kasi makan kat rumah orang (dalam hati Ya Allah lapar perut ini) Perkara ini berlaku hampir 2 tahun. Sehinggalah umurku menjangkau 7 tahun emak semakin pulih dan aku pun sudah layak bergelar budak sekolah. Abah akan menghantar ku sekolah dengan sebuah basikal tua. Ketika itu aku akan duduk diatas palang hadapan basikal. Ketika itu nak pakai kasut mahal ke, baju mahal memang susah tapi kalau nak makan mewah, mintak sahaja mesti dapat. Dahulu, jam 5 pagi aku dah bangun pagi untuk mandi sungai atau mandi air tong (tadahan hujan) Ketika itu mana ada air paip. Selepas itu, Abah akan menghantar ku sekolah dan sebelum itu singgah dikedai Pak Cik Mat Gelubok untuk sarapan pagi. Ketika itu nasi lemak baru 20 sen, kuih 10 sen dapat 4 biji dan secawan air teh baru 30 sen. Itulah menu harian aku sehinggalah aku kembang semangkuk dan menjadi orang seperti yang aku ada pada hari ini. Manakala tengahari kadang-kadang abah tak sempat ambil maka terpaksalah aku berjalan kaki sejauh 3 km untuk pulang ke rumah. Tapi yang tak sedap didengar tu, tiba-tiba pulak nama timangan bertukar menjadi 'Ucuk'. Ini semua gara-gara naik basikal terlanggar lembu dan tersembam muka kat tahi lembu. he.. he.. he.. Habis kena ketawa, kena ejek, kena buli, setahun tak abis cerita ni. Kekadang sampai sekarang, masih ada yang memangil ku 'Ucuk'. Angin betul.....
Mengimbau sepanjang aku bersekolah sehingga umur 12 tahun aku sentiasa mendapat tempat pertama atau kedua dalam peperiksaan. Maklumlah ianya cuma sebuah sekolah kampung, dalam kelas cuma ada 9-10 orang murid sahaja. Aku mendapat pendidikan awal (rendah) di Sekolah Kebangsaan Kuala Dong. Aku juga pernah mewakili Sekolah dalam pertandingan Musabaqah ke peringkat negeri Pahang. (Peringkat daerah Raub, Juara tetapi bila tiba diperingkat Negeri dapat tempat ke-tiga sahaja) Itupun Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit aku semakin boleh berdikari tatkala abah pergi kerja (menoreh getah) ibu pula pergi berniaga sayur-sayuran di Pekan Rabu. Aku pula dah pandai naik basikal buruk yang aku baiki sendiri. Basikal chopper itulah kebangaan diriku yang diwarisi turun temurun dari abang longku. Ketika itu aku di dalam darjah 4 dah memilikki basikal chopper, fuhh..! bangga dan best betul rasanya. Hari demi hari tubuh semakin membesar (gemuk, debab) tetapi tidak juga tinggi-tinggi. Bila sudah pandai berdikari mulalah nakal sedikit demi sedikit demi pengaruh kawan-kawan. Habis je sekolah (tengahari) selepas mengcekik, terus keluar merempit sampai senja baru balik. Macam-macam aktiviti dilakukan termasuk terjun sungai, race basikal, baseball, takraw, main bola dan sebagainya. Mula berjinak-jinak dengan rokok berjenama Rothmans Kingsize. Pengaruh kawan-kawan dan perasaan ingin mencuba, yang mana rokok share dengan kawan-kawan. Suatu hari abah dapat tau, beliau dah tunggu depan pintu dengan tangan dibelakang dan senyum semacam aje. Nah.....adoi...kena rotan belah empat. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Mulai saat itu, aku tidak lagi merokok sampai sekarang. Namun begitu aku masih mendapat 2A 3B dalam penilaian darjah 5. Bolehlah..target 5A tetapi demam panas ketika exam. Itulah hanyalah sebahagian dari kenakalan zaman kanak-kanak ku. Banyak lagi yang hendak diperkatakan, tidak sanggup ku nyatakan dalam blog ini. Aku teringatkan arwah Tengku Jui yang telah digilis lori depan mataku sendiri. Ngeri.....! Kenangan semua ini mengingatkan aku kepada Zeli, Man, Jali, Ani, Yus, Zilah, Nora, Atan, Ayin, Nita dan lain-lain. Dimanakah kalian? Agaknya dah beranak-pinak.
Ketika umurku mencapai 13 tahun (1983) aku telah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dong iaitu kira-kira 4km dari kampung Kuala Dong. Lenguh juga lutut kerana berkayuh basikal setiap hari. Bayangkan setiap hari jam 10.30 pagi aku bersiap untuk ke sekolah kerana sekolah petang (seesi Petang). Perjalanan sekitar 45 minit pergi dan 45 minit pulang. Macam tak percaya lak rasanya. Orang sekarang lainlah, ada yang naik motosikal, naik kereta, naik LRT dan sebagainya. Betul orang kata tidak semestinya orang susah seperti aku ini kurang bijak dalam pelajaran. Bukan untuk membanggakan diri, tetapi aku telah mendapat tempat pertama dari 385 orang murid dalam peperiksaan akhir tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong. Ekoran dari keputusan itu aku juga telah dilantik menjadi pengawas murid petang. Terima kasih kepada Cikgu Fuad Alang Ahmad, Cikgu Mail, Cikgu Su, Cikgu Sabri dan Cikgu Sahabuddin Sahafie (dan lain-lain guru yang terlibat)

Manakala bagi tahun 1984 aku telah dilantik menjadi Ketua Pengawas Petang (tingkatan dua). Setiap hari Isnin pukul 2 petang telah terpacak dipadang perhimpunan untuk membacakan amanah dan ikrar serta lagu Negaraku. Ketika itu aku aktif dalam Persatuan Gabungan Pelajar Semenanjung dan Kelab Kerjaya. Tetapi kali ini aku tidak lagi pergi ke sekolah dengan basikal tetapi dengan bas dengan menggunakan pas bulanan sebanyak RM25.00. (ketika itu cukup mahal) Aku bagaikan Raja Bas nakal sama seperti cerita Gang Bas Sekolah. Terkenal dengan kenakalan, sampai menangis anak-anak dara dikerjakan.
Tahun berikutnya aku mula bersekolah sesi pagi. Hari-hari tuisyen matematik dengan Cikgu Mokhtar, abis melecet pusat kena cubit, salah dan silap satu cubitan. Kadang-kadang hari Sabtupun kami tuisyen. Selesai kelas kami beramai-ramai ke Pekan Dong untuk hilangkan tension. Tetapi hasilnya berbaloi, aku sekadar mendapat A11 dalam SRP tahun 1985. Semakin hari diriku semakin galamour, entah apa yang ada pada diri ini, aku pun tak tau, ramai yang kepingin untuk menjadikan aku sebagai abang angkat dan adik angkat. Ketika itu aku belum matang sepenuhnya jika setakat bersurat-surat aku kira sudah best dahlah, konon-konon bercintalah.. Cinta monyet rupa-rupanya. Norazah bte Harun Alias sentiasa dalam ingatan ketika itu, putih melepak dan baik hati. (sebiji macam cerita little Manhattan) Tetapi siapalah diri ini ketika itu, anak orang susah, siapa yang mau. Aku teringat akan nama seperti Zarina, Mie, Yushairani (orang kampung yang pernah ku idam-idamkan) Atan, Hishamuddin, Helmi, Rosydan dan lain-lain. (maaf tidak dapat menyebut kesemua nama).
Aku telah ditawarkan ke Sekolah Menengah Tengku Kudin, Raub. Aku memilih untuk tinggal di asrama memandangkan jarak dari kampung ke Raub agak jauh. Tetapi kali ini aku telah ditawarkan dalam aliran sains. Aku ditempatkan di kelas 4 N( sains) 1, yang pelajar melayu cuma 6 orang sahaja, selebihnya berbangsa Cina dan India. Aku menghadapi masalah dengan Fizik, Kimia dan Biologi kerana cikgu yang mengajar suka membebel. Bakat sniper dan skodeng memang ada pada diriku. Semasa 'prep' di Asrama, suatu public canning telah diadakan, dimana nama ku telah diundi sebagai perancang operasi mengendap pelajar-pelajar Perempuan (Peserta Perbahasan Peringkat Negeri Pahang) ketika menginap di ASPURI, Sek. Men. Tengku Kudin. Terpaksa mengaku , lagipun disuruh bersumpah depan AL-Quran, mana leh tipu. Adoi...kantoi...kena lagi, aku diarahkan digantung asrama selama 2 minggu. Exam sudah hampir. Tetapi idea tu ada sahaja, aku menyelinap ke asrama ibarat cerita James Bond tinggal di loteng asrama. Hari-hari junior akan hantar makanan. Sebiji macam dalam penjara, dengan panas dan gelap tetapi siap tilam dan lain-lain kemudahan. Itulah Abang Cu, mungkin kalian masih ingat lagi. Malang telah menimpa diri ini. Sehari sebelum SPM bermula aku telah mendapat kemalangan, motosikal yang aku bonceng bersama rakan (Mohd Nizam) telah terpersok dibahagian belakang bas di satu selekoh maut berhampiran dengan kampungku selepas pulang ke rumah untuk mengambil surat beranak. Motosikal kami remuk, aku tercampak berguling-guling diatas jalanraya. Tetapi Allah masih sayangkan nyawa aku, cuma luka ringan di bahagian lutut. Manakala sahabat ku itu patah tangan kanan. Akibatnya aku mengambil exam di hospital selama 2 hari. Ekoran dari itu keputusan SPM aku agak mengecewakan sekadar mendapat Gred 2. Memang kecewa dan teramat kecewa kerana di dalam kelas 4 sains 1, aku adalah pelajar harapan untuk mendapat Gred 1.
Zaman remaja aku bermula disini. Ramai sangat peminat dan adik angkat. Sehingga aku digelar 'abang Cu" dan 'Hanif Herman' Kalaulah boleh aku teringin untuk berjumpa kembali dengan Suhana Abdul Rahman (makwe), Mazni Ismail, Norizan dan Qusliza (ramai lagi, maaf nama terlupa tetapi wajah still boleh ingat) Kenangan tinggal di asrama banyak mengajar tentang susah senang kehidupan dan disiplin diri. Bermula disini juga aku menjadi jaguh dalam sukan yang diceburi walaupun hanya diperingkat asrama dan sekolah sahaja. Sebut sahaja sukan apa, pasti muka ini akan terpilih bolasepak, bolatampar, pingpong, takraw, olahraga, tarik tali, catur, dam dan sebagainya. Paling-paling tidak naib Johan selebihnya Johan. Aku juga seorang penyajak yang mewakili Sekolah dan daerah Raub ketika itu. Rupa-rupa langit tidak selalu cerah zaman kegemilangan hanya seketika, maka berakhirlah tahun 1986-1987.
Selesai sahaja SPM mula fikiran menjadi kacau, aku mula terfikir hendak jadi apa selepas ini. Nak bercinta dan berkasih belum cukup matang. Berkajang surat dan stem telah dilaburkan tetapi tetapi tiada jodoh dan tiada kesudahannya. Beliau (Suhana) tetap pergi tinggalkan daku. Lantas aku merantau ke Selayang ke rumah Abang Long sambil melakukan kerja-kerja sementara. Aku menjadi seorang pekerja kontrak sebagai pengecat bangunan dan lain-lain kerja. Ketika itu majikan aku ialah En Zulkefli bin Kasim (sekarang telah menjadi Penolong Kanan Pengarah Kastam di Pahang) Bangunan Risda dan Ampang Point suatu ketika pernah aku cat dan panjat untuk dibaiki dengan titik peluh ku ini. Hitam legam kulit ku yang putih ketika itu. Itulah pengalaman yang amat berharga sementara menunggu keputusan SPM. Akhirnya aku ditawarkan ke Sekolah Menengah Mahmud Raub Pahang untuk Lower Six di aliran sastera bagi tahun 1988. Aku gagal untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti seperti yang diharapkan oleh keluarga dan juga cikgu. Maaf kerana mengeciwakan kalian. Untuk kali ini aku benar-benar berasa seperti tahun honeymoon, ialah tahun itu tiada exam, tambahan pula dah jadi senior. Ramai peminat, banyak aktiviti dan banyak masa free. Tambahan pula kadang-kadang guru tak masuk kelas. Rasa menyesal teramat sangat kerana tidak mengambil subjek ekonomi hanya kerana tak suka kepada cikgu tersebut. (maafkan saya cikgu) Bila ada masa free aku lepak kat library. Ketika itu aku selalu ditemankan oleh pelajar junior (Ting. 5) iaitu Norfaezah. Hubungan kami berterusan dan mencapai tahap teman tapi mesra. Tetapi ini aku mengaku aku tidak matang. Aku tidak kenal yang mana intan yang mana kaca. Akhirnya hubungan kami hilang ditelan masa. Walaupun begitu aku masih teringat kata Norfaezah "abanglah cinta Nor yang pertama". Tetapi menyesal kemudian sudah tidak berguna, mungkin ada juga hikmahnya. Aku sangat aktif ketika ini. Terlibat aktif dalam Persatuan Tingkatan Enam, Kelab Kerjaya, Persatuan Agama Islam, Persatuan Sepak Takraw, Pengawas Asrama dan banyak lagi. Termasuk sebagai Pengerusi dan AJK. 'Lobos' adalah nama glamour aku ketika berada di Mahmood School. Ketika berada di Upper Six aku semakin dikenali terutama melibatkan sukan, sukarelawan dan mungkin dah jadi Seniors. Lagipun ketika itu aku menjadi pakar Poster sekolah dan peringkat daerah. Tetapi keputusan STPM aku tidak lagi secemerlang SRP dan SPM. Cuma 3P sahaja. Cukuplah..layaklah jika hendak memohon ke Universiti. Tetapi jikalau ditawarkan sekalipun aku tidak mampu untuk pergi ke menara gading tersebut memandangkan keluargaku tidak mampu membiayai pengajian ku. Apabila weekend sahaja ada peluang pulang ke rumah, aku bertukar kerjaya; menoreh getah yang ada dibelakang rumah untuk buat biaya pembelajaran. Apa boleh buat terpaksa...
Tahun 1989 selepas STPM aku membawa diri ke rumah Kak Ngah (Mariam) di Shah Alam. Aku diterima sebagai operator pengeluaran disebuah kilang bernama Kobe Cooper Sdn Bhd. (KCMA) Aku bekerja dengan penuh semangat disana. Maklumkan dapat duit banyak termasuk overtime. Asal hari sabtu dan ahad je aku kerja. Aku juga pernah tinggal bujang sek 24 dan sek 20 Shah Alam. Kenangan bersama Nizam, Antoi, Ceq Li, Yeop, Bahran, Yan, Bintang, Man, Di Laboh, Marwiah, Kak Ros, Steven, Tengku tidak boleh dilupakan. Yang pasti duit beribu habis begitu sahaja kerana aku 'kaki travel' Hampir kesemua tempat menarik di Malaysia telah kami lawati tidak termasuk Sabah dan Sarawak sahaja. Asal ada masa free kami cabut...Tugas aku agak mudah cuma menjadi co-pilot dan jurugambar. Ketika itu KCMA ada memasuki liga FA Negeri Selangor dan aku pernah menjadi goalkeeper utama dan sempat menjadi Naib Johan.
Allah tetap sayangkan aku lagi, aku ditimpa kemalangan sekali lagi. Ketika aku sedang leka membaiki machine AB Band (mesin membentuk tembaga) tetiba entah macamana seorang rakanku telah tertekan button power on dan seterusnya machine tersebut terus memukul aku dari arah sisi menyebabkan aku tercampak sejauh 5 kaki. Darah berlumuran dilantai dan dikepala kiri ku. Aku tidak sedarkan diri selama 3 jam. Tetapi Alhamdulillah, nyawaku masih panjang. MC selama 1 bulan. Seingat aku selepas peristiwa itu aku pernah ditawarkan ke Jepun untuk lanjutan kerja tetapi aku tolak. Konon-konon nak tunggu jawatan line leader. adoi...menyesal memang menyesal. tapi apa boleh buat menyesal tiada gunanya. Aku mengabadikan diri dengan Kobe Cooper Sdn Bhd (KCMA) sehingga tahun 1992 sebagai Operator Pengeluaran, Juru Set dan technical trainning selama 4 tahun. Sehinggalah pada 30 November 1992 aku berhijrah dari seorang pekerja swasta kepada seorang kakitangan kerajaan.
emmm...bagus ar citer ko..aku baca sampai habis tu...lebih kurang perjalanan idup aku jer sbg anak kampung..ala citer kanak2 masa skolah biasa ar bro..hahahaha...
ReplyDeletema acih atas komen..ada cerita yang best tapi tak sampai hati nak tulis..nantilah aku edit dan kasi lagi menarik
ReplyDeletememang seronok kalau mengimbas kembali zaman kanak-kanak hingga dimana kita berpijak sekarang, ada perkara yg mencuit hati dan ada gak perkara yang membuat kita menangis, by the way sy kagum cara penulisan abg. Peace..!!
ReplyDeleteermmm..cukup bagus utk ku share semasa mberikan motivasi pelajarku...moral of t story...hidup tak selalunya indah...setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya...bersyukurlah dengan nikmatnya...kadang2 apabila diri tidak diuji kita mnjadi alpa dgn dunia kita sndiri....insyaAllah apa yang berlaku jadikan pngajaran.....
ReplyDeletethanks che haniza AK..jarang orang menghargai cite2 dlam blog ni..
ReplyDelete