Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, April 12, 2009

Gateway to Mandarin

Bermula dari tanggal 23 Mac hingga 10 Apr 2009 kami menghabiskan pengajian/kursus bahasa Mandarin di Intan Wilayah Tengah (INTENGAH). Seramai 25 orang telah terpilih dari lebih 200 orang yang memohon yang terdiri dari pelbagai jabatan dan jawatan dari seluruh Malaysia. Tahniah untuk diri sendiri dan kawan-kawan sekalian. Ramai rakan dan taulan yang cemburu dan menangis kerana kami terpilih dan akhirnya berjaya menghabiskan Kursus Gateway to Mandarin dengan jayanya. Ada yang mengatakan kami lari dari tugas. Tidak, tidak sama sekali sebenarnya itulah cabaran dan hadiah yang telah diamanahkan oleh Jabatan masing-masing. Kami berkampung di INTENGAH selama 3 minggu dan pelbagai karenah dan kelakuan terserlah. Ada yang kelakar, pendiam, pemalu, ceria dan sebagainya. Ada juga seorang dua yang buat hal dan menyendiri tidak mahu bercampur dengan orang lain. Yang kedekut tahi hidung masin pun ada (Ada juga orang macam ini, ish..ish..). Kelas kami tersangat happy dan segar. Walaupun cikgu (lao shi) cuba menyembunyikan gelak tawa, tetapi gagal..mereka tetap ketawa bila kami tersalah sebut sesuatu perkataan Mandarin. Pengalaman sebegini 100% macam drama sitcom dulu-dulu: my your language.

Kami begitu bersemangat untuk belajar kembali. Langsung tidak mengantuk dan tidak membosankan. Selesai sahaja bab/tugasan, pada hari terakhir setiap minggu maka kami akan diuji dengan main peranan (lakonan). Aduh..macam pelakon la pulak. Mana tidaknya, setiap lakonan dirakam dan ditayangkan semula. Adoi..pecah panggung dibuatnya. Nasiblah badan dipasangkan dengan sesiapa sahaja. Kena yang bisu, bisulah, kena yang gagap, gagaplah, kena yang kelakar, menyembur air liur, kena yang kayu, baca ajelah.. Pada permulaannya kami diajar beberapa perkataan penting yang lazim dituturkan dalam perbualan harian, antaranya:
Ni Hao Ma? - awak apa khabar?

Ni Hao! - hello!

Zao an - selamat pagi

Wu an - selamat petang

Wanshang hao -
selamat senja (good evening)

Wan an - selamat malam

Xiexie - terima kasih

bu keqi - sama-sama

duibuqi - maaf

Mei guanxi - tak mengapa

Qingwen - tumpang tanya

Zenmeyang - bagaimana

Tapi saya
ng, masa yang diberi amat singkat. Tiga minggu ibaratkan seperti 3 hari sahaja. Pada peringkat (minggu peertama) permulaan kami masih malu-malu. Sedikit demi sedikit perasaan malu-malu terhapus dan kami semakin mesra dan saling faham memahami antara satu sama lain. Walaubagaimanapun kami sempat berkaraoke bagi menghilangkan stress. Rupa-rupanya ramai yang berbakat. Jikalau ditakdirkan masuk AF confirm ada peminat. Sekalung tahniah buat Engku, Yantei, Lia, Maznah, Dayang, Nurul, Zul, Man, Zan, Panchang, Cakra, Faridah. Macam biasalah aku tetap jadi DJ kalian. (jangan lupa aku sudahlah) Yang pasti aktiviti wajib tatkala dipenghujung Kursus ialah hecha (mengeteh kat kedai mamak Sek 14, PJ). Jikalau nak tau perangai masing-masing, masa inilah yang sesuai. Habis, habis hilang control ayu control macho. Gelak dan tawa dah tak boleh ditahan-tahan lagi. Sampai nak terkencing dibuatnya. Itulah penangan Azman & The Gang.

Akhir sekali kami telah berjaya mengadakan persembahan powerpoint dan nyanyian tianmimi (senyuman manis) pada Majlis Penyampaian Sijil dengan
jaya sekali yang turut dihadiri oleh peserta Kursus Dialek Kantonis dan Kursus Bahasa Arab. Terima kasih buat guru-guru kami iaitu Saw laoshi, Lai laoshi dan Ching laoshi. Tanpa kalian siapalah kami. Jutaan terima kasih jua dariku untuk Dayang (suara NTV7), Lia (suara 8TV), Maznah (multiTV), Faridah (penyeri), Nadzri (sifu) dan Zul (JokerTV). kalian jugalah yang memeriahkan arena Bahasa Mandarin kali ini. Sejunjung kasih buat Kak Noraini yang bertungkus lumus menjadi Pegawai Tugas-Tugas Khas. Buat Engku (setiausaha comei) be a good girl. Buat Ibrahim xiansheng thanks for a good job. Buat Azman xiansheng you are the master plan. Buat Dayang, thanks for the gold voice. Buat semua u are memang hebat. Namen hen hao (kamu semua sangat baik) zai jian pengyou (jumpa lagi kawan)


Eh..warna tu match



ha ha jangan marah.. best betul (dui) duduk kat celah-celah



Ada gaya macam Jackie Chan dan Rhoma Irama tak?



rakan semejaku Jufrizan xiansheng k?

masa minum (hecha)



lagi-lagi gambar gua, laoshi dan rakan-rakan



Inilah barisan Penyampai Berita Mandarin dalam pembikinan.
Hen Paoliang - Hen Ju Nan



antara vedeo amatur yang sempat dirakamkan


Dalam pada itu sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kami kepada tenaga pegajar yang kami kasihi. Segala kesungguhan dan kesabaran mereka tetap kami hargai. Besarlah harapan agar hubungan tidak akan terputus sampai setakat ini sahaja malahan sampai bila-bilapun mereka tetap (laoshi) guru kami. Segala foto dan persembahan powerpoint telah pun selamat diserahkan kepada Lai laoshi. Feichang xiexie ni. (amat berterima kasih kepada awak). Jika teman-teman ingin belajar kelas tambahan lawatilah http://www:chinese-tools.com/songs/song/i/love.html

4 comments:

  1. hallo latif xiansheng...kabare?ni hao ma?ni bu mang ma?hahaha...bagus ar ko punya ayat2..power siot macam power root pun ada, power jazz pun ada gak..hahahaha..apepun kita memang best..

    ReplyDelete
  2. Congrat for the blog... nak gak tgk cerita tentang kursus akmal july - Sept 2006...
    masihkah kau ingat.....

    ReplyDelete
  3. hahahaha...latif tengok ar komen n..jangan dok edit gambar je..hahahaha

    ReplyDelete
  4. ma acih atas komen-komen bernas kalian. Akan ku cuba baiki/edit dari masa kesemasa.

    berhasrat untuk memasukkan cerita tahun 2006 best tu..tp nantilah akan diusahakan.

    ReplyDelete