Ini wajah keriangan kumpulan M7, didepan sekali Saleh, Irwan, Salina, Latif, Mazlee, Linda dan Amin. Selesai dari Puncak Angsi kami akan turun tanpa henti. Tetapi apabila berjumpa jeram cantik kami terpaksa bersatu hati terjun dan basah bersama. Dengan seluar, kasut dan baju terus kami berendam ibarat badak sumbu berkubang dilopak. Aduhai..rindunya saat begini bersama kalian. Semua ahli kami semuanya sporting. Gambar ini diambil ehsan oleh Lim (tiada dalam gambar) semasa menuruni puncak Gunung Angsi. Jelas terpancar keceriaan di wajah-wajah kami, tidak kira berapa umur kalian, muda ke tua sama sahaja. Perangai pun tak boleh sorok-sorok lagi.
Sementara menunggu duriah jatuh. Tak lah, semasa menunggu buah durian dibelah
Sementara menunggu duriah jatuh. Tak lah, semasa menunggu buah durian dibelah
Jaguh-jaguh bowling RC ketika 2006
Kami ditakdirkan sama-sama berkursus di AKMAL, Melaka. Macam-macam kerenah yang ada ibarat iklan ASTRO "macam-macam ada!" Kami disatukan tanpa mengira usia dan warna kulit. Hakikatnya kita sama sahaja walaupun tidak serupa. Namun untuk mengimbau kenangan 2006 adalah terlalu sukar untuk mengikut urutan dan peristiwa. Maklumlah memori kad otak ku ini telah banyak kali diformat. Yang pasti 3 bulan satu tempoh yang agak panjang bagi kami, namun rupa-rupanya 3 bulan macam 3 hari sahaja. (terlalu singkat) Walaupun pada zahirnya kami disatukan dalam satu kumpulan, tetapi mana boleh tahan asyik keluar ramai-ramai macam 'gang bas sekolah' maka kami terpaksa berpecah membentuk kumpulan masing-masing. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah Gang Pecah Rumah, Gang Ting Tang, Gang Mata Kumbang, Gang Black, Gang Couple dan Alone Ranger. Bagi kami inilah kursus yang paling best kami harungi bersama. Masuk sahaja akademi maka terpaksalah kami merelakan kepala kami digondolkan. Nampak muka semua macam innocent sahaja. Dalam tempoh tersebut kami didedahkan dengan pelbagai ilmu RC. Belajar, beriadah, kerohanian, kaunseling, aktiviti luar kelas semuanya kami tempuhi dengan jaya. Malahan kami juga telah menjalani peperiksaan yang ditetapkan. Apapun orang nak kata kami pakai toyol, pakai jin tak kesahlah janji kami lulus dan tidak menyusahkan orang lain. Cuma seorang dua yang ego dan hidung tinggi (Macamlah dia tu bagus sangat Pi.....dah....!) Yang pasti memang best kecuali seorang tua tu sahaja yang tidak mahu bercampur dengan orang lain. Arch..lupakan pasal mereka tu.
Aku ketika itu dikenali sebagai 'Mat Bunga'. Mat Bunga pun Mat bungalah, janji aku tidak menyusahkan orang lain. Aku tidak usikpun duit mereka. Ketika itu ada gak 2 atau 3 orang yang sanggup jadi pengikut setia (Ina, Aida, Awin dan kadang-kadang zaidi). Apabila sahaja tiada aktiviti, apalagi kami pergi tengok wayang, outing ke Pulau Besar, main bowling, main bola tampar, berkaraoke dan sebagainya. Bagi tujuan keramaian, kami seringkali mengadakan jamuan hari lahir (kebetulan aku dilahirkan dalam bulan Ogos, ketika itu). Kami juga terlibat dengan penganjuran Jom Makan Durian. Kami juga seringkali bersama untuk dinner. Selebihnya masa banyak dihabiskan dengan buat assignment. Yang pasti kami juga pernah didera dipadang kawat sehingga hitam legam dan tak nampak lagi kuning langsat atau putih melepak seperti sebelum. Apa yang best tu, ada gak yang mengelak, tak boleh kena cahaya mataharilah, pengkanglah, gatal itu gatal ini, , yang sakit puanlah (nak tengok tak bagi; ops nak sahkan jangan salah faham),(yang mengandung dikecualikan). Jikalau hendak diceritakan tidak cukup 1001 malam dan helaian blog ini. Ketika itu kami cuma ingat kasut mesti berkilat, jika tidak nanti dendanya berlari keliling stadium 2 round, siapa tahan Beb..! Asal sahaja petang kami kilat kasut, asal kilat je kasut, petang. Kami juga diajar cara-cara berenang (lelaki sahaja). Ada juga yang mengelat, sakit kuraplah-gatal-gatalah, emm..macam-macam helah untuk lari dari aktiviti luar. Sehinggalah ke aktiviti yang aku rasa paling best sekali iaitu KEMBARA. Semua tidak boleh mengelak kecuali yang mengandung dan kecemasan tidak digalakkan untuk ikut (diberi pengecualian). Kami juga diajar untuk berdikari dan berada dalam serba serbi kekurangan bagi menghadapi ikhtiar hidup dan juga survival at the jungle. Antara lain kami terpaksa mendaki Gunung Angsi, Negeri Sembilan sebagai cabaran terakhir. Ketika itu aku termasuk dalam kumpulan Magnificent 7, (M7) dimana ahli-ahlinya terdiri dari Abg Salleh, Amin, Erwan, Linda, Ina, Mazlee (ahli tumpang), Latif dan Ghoni (tak ikut naik). Kami telah berjaya menawan puncak Angsi dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Yang menariknya kami sempat mandi disebuah Jeram dimana airnya sangat best, nyaman dan dingin. Ahli kumpulan lain teramatlah jeolus pada kami ekoran dari kejadian mandi manda tersebut. Mereka tak dapat mandi kerana lambat sampai ke base camp, kami cepat. Itulah kehebatan kumpulan M7 cergas, pantas, sporting, bekerjasama dan yang penting satu hati satu jiwa. Langsung tidak penat kerana kami sentiasa ceria. Kumpulan lain pun hebat juga, tetapi mestilah kumpulan penulis yang lebih kan. Kursus PPIOP banyak memberi makna dan pengalaman, samada yang manis, pahit, sukar dan sedih.. Disinilah bermula segala-galanya. Banyak pengajaran dan ilmu yang kami perolehi. Baru kita tahu erti sebenar nilai kawan, sahabat, teman, karib, taulan dan musuh..........
No comments:
Post a Comment