Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Wednesday, October 7, 2009

Bisikan liar..nafsu lawan akal

Sudah kukatakan dahulu lagi. Jangan berpaut pada dahan yang rapuh. Jangan percaya pada khabar-khabar angin. Jangan percaya sekalipun cable sebesar peha. Engkau ni sentiasa dipermainkan, engkau sentiasa menjadi mangsa. Engkau ni baik sangat. Masih terngiang-ngiang ungkapan kata akal kepada nafsu. Apa yang engkau dapat? Bukankah pernah kukatakan engkau bila perlu dicari, bila tak diperlukan bye bye baby. Apa yang engkau dapat. Sekalipun cable besar peha jika mereka tidak mahu tolong, tak usahlah engkau melolong sana sini. Hentikanlah. Bukankah, sudah kukatakan buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Engkau tak tahu apa yang ada dalam rencah kerjaya dan kehidupan masa hadapanmu. Penuh likuan penuh ranjau.

Usah diharap budinya orang, kelak kita akan kecundang. Usah diharap janji kata, kelak binasa jiwa merana. Usah diharap bantu simpati, kelak jiwa sakit hati, usah dikenang perkara silam, kelak membuat fikiran kelam, usah diharap bantuan orang, kelak nanti dicaci orang, usah menaruh harapan menggunung, kelak sakit badan menanggung, usah diharap balasan budi, kelak sengsara sampai mati, usah ditangisi perkara terjadi, kelak menyesal setiap hari, usah mengharap pada yang tak pasti, kelak diibarat meroyan sendiri.

Lain kali, dengar! dengar!

Jangan percaya, kata-kata manis umpama gula. jangan cepat terpedaya dengan janji manis ditepi bibir. Selagi tiada black and white janganlah buat andaian sendiri. Cukuplah....dengarlah nasihat diri dan jangan ikut sangat kata hati.

Selepas ini pandai-pandailah berdikari.. Percaya pada diri sendiri dan berusahalah serta bertawakkalah.

Tuesday, October 6, 2009

kenali dia...

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita tahu siapa dia.

60 petua jalinkan kebahagian pasangan

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan abadi. dalam melayari alam berumahtangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Namun begitu setelah dikupas, diolah dan dinyatakan berulang kali maka terdapat 60 petua rengkas untuk dijadikan amalan pasangan suami isteri mahupun bakal ke jinjang pelamin untuk mereka melayari bahtera rumahtangga. Kepada pasangan kekasih juga boleh mengambil iktibar yang baik dari kajian Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

1. doa yang sentiasa berterusan.
2. patuh pada ajaran Islam
3. murah dengan puji-pujian.
4. murah dan ringan tulang dengan khidmat.
5. murah dengan belaian kasih sayang.
6. murah dengan sentuhan manja (ceria)
7. mencari kebaikan pasangan.
8. cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. berfikiran terbuka, boleh tegur menegur.
13. berani mengambil risiko emosi -tegur/perubahan
14. menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. sentiasa tolak ansur dan senyum
16. menghormati & mengambil kira 'gerak batin' intuition perempuan
17. sedar perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
18. mengubah diri untuk meransang perubahan pada pasangan.
19. sanggup berkorban demi pasangan
20. tidak mengejar kebendaan semata-mata
21. hormati hobi, kegemaran, makanan & citirasa pasangan
22. berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. hormat perbezaan dalam diri pasangan
25. sentiasa bermaafan sebelum tidur
26. meletakkan hak kepada pasangan
27. sentiasa berbaik sangka terhadap masa depan.
28. tidak menjadi hamba kepada pasangan
29. berubah slow-slow untuk tingkatkan kebahagian.
30. mengawal marah dengan berbuat perjanjian.
31. cari penyelesaian dengan win win situation.
32. menghormati sifat semulajadi pasangan.
33. muhasabah hubungan & mencari punca masalah.
34. memahami peranan 'pasangan'
35. hubungan perasaan sesama pasangan
36. jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah @ benci didalam hati.
37. bentuk kod kasih sayang dan anda berdua sahaja yang tahu.
38. sengaja rancang untuk baiki hubungan dengan pasangan.
39. 7 kali puji 1 teguran.
40. sebut I Love You sepanjang masa.
41. banyakkan bergurau dan bermesra.
42. sentiasa berterus terang.
43. beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. elakkan salahkan pasangan.
46. cari titik pertemuan.
47. selesaikan segala masalah hari ini juga.
48. lebih banyak memberi dari menerima.
49. minta nasihat, pandangan atau maklumkan balas daripada pasangan
50. sentiasa bersemangat -bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dsb.
51. seimbangkan hubungan emosi, ekonomi, sosial & spiritual.
52. jangan berjauhan terlalu lama. (kecuali terpaksa)
53. tidak terlalu mengongkong. (memaksa, mendesak)
54. tidak bertindak bersendirian (berbincang)
55. humor atau lawak dari masa ke semasa.
56. minta bantuan untuk memecahkan kitaran negetif.
57. berwawasan dan sentiasa pandang ke depan.
58. tidak meminta yang bukan-bukan.
59. elak mendera pasangan apa cara sekalipun
60. redha dan shukur dan tawakkal kepada ALLAH.

Kemungkinan besar ada lagi petua yang lebih bernas untuk ditambah dan diadunkan. Tepuk dada tanya iman anda. Adakah anda memilikki semua ini.? Sekurang-kurangnya anda telah mendapat sebahagian pun sudah dikira mencukupi dan bagus sekali. Renung-renungkanlah.

Monday, October 5, 2009

Siapakah yang dibenci wanita?

Seramai 8G yang dibenci setiap wanita/perempuan/gadis;

Garang - (garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah-marah tak bertempat, silap sikit tak boleh..macam lah dia je yang betul dll.) lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah lembut. Nampak garang tak pe, contohnya macam kepala sibotak ni. he he. Wanita juga ingin dilayan seperti bidadari syurga melayan lelaki.

Ganas - (kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat) lelaki yang bersikap ganas memang antara paling tidak disukai oleh wanita. Takut! takut mata mereka lebam atau badan birat biru bila dah kahwin. Tidakkah lelaki kasihan pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan mereka sebaliknya lelakilah yang patut melindungi mereka.

Gementar - (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung kepada orang lain dll.) contohnya depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yang dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

Gentleman Tiada - (langsung x gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan, dll) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula bila dah kahwin, bila dah pikul tanggungjawab. Lelaki perlu menghormatinya wanita selayaknya. Sudah pasti wanita juga akan menghormati lelaki dengan perasaan lebih hormat lagi.

Gerumal - (loghat kedah - bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. sekali dua tak pelah boleh maaf, tapi bila berkali-kali, faham-faham ajelah.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat untuk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar dan takut kerana salah. Jika asyik berbohong je sudah pasti kepercayaan akan musnah. Betul tak? Tetapi bohong sunat ni popular dikalangan lelaki.

Gabrah - (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan sahaja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara. Antara lain kuat merenyeh pun perempuan tak suka.

Ganggo - (keterlaluan - lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dll) Perempuan akan naik lemas bila berhadapan dengan situasi begini. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

Gatal - (miang keladi samada dengan perempuan lain @ isteri) tak boleh tengok dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat kadangkala sesetengah perempuan bukan nak sangat melayan hangpa tetapi ada udang disebalik mee. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri @ pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati. Bukankah lebih baik menggoda isteri anda atau pasangan anda daripada mengoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Rahsia punggung, anda yang mana satu?

Punggung dan peha merupakan pusat segala pergerakan badan. ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Terdapat 5 (IV) bentuk punggung dan paha yang seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Anda punya, dimana?

1. SEIMBANG - Punggung dan peha seimbang yang tidak terlalu besar tidak terlalu kecil tidak terlalu bulat tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal menjadi ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang penyanyang dan seorang bapa yang jelas pemikiranya kemana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjaya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan ianya stabil.

2. BULAT - Punggung yang bulat adalah seorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau buruk.

3. BESAR - Punggung yang besar dan peha yang besar adalah seorang yang romantik. Subur, sihat dan penuh rasa cinta. sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. baginya tiada perkara yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. seorang yang jenisnya 'no problem'. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah wang dan harta yang mampu dikumpulkan.

4. TINGGI- Pungung yang tinggi ke atas. Lentik. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. sangat disukai dan digilai ramai. Tidak kesah dengan kata-kata negetif orang lain. hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan oleh orang ramai. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkan ianya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

5. RATA (LEPER) - Punggung yang rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri lurus, bijak dan terlalu idealistik Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tetapi awas kepada pemiliknya jika dia seorang lelaki. seorang yang kuat seks dan. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

Pendapat ini hanyalah kajian semata-mata, Anda boleh bercaya atau pun tidak percaya memandangkan ianya hanya satu kajian dan pendapat. Jika ianya tidak menepati dengan apa yang anda fikirkan atau anda rasakan, harap maaflah tetapi itulah yang sering diperkatakan oleh orang-orang tua kita sejak dari zaman dahulu.


di sini....

Biarlah aku di daerah ini..
walaupun ada yang benci..
namun ada juga yang menyukai..

Di sini penuh ketenangan..
biarpun ada kata-kata telanjang..
mahupun terselit kata-kata usang..
mungkin semua itu asam kundang..
pasti seketika cuma mendatang...

Di sini tetap damai..
pasti ada saudara dekat, saudara ramai..
mengapai cita-cita tak sampai..
janji bahagia tetap digapai...

Di sini tetap ceria..
biarpun ada kata-kata dusta..
kekadang diumpat duka nista..
namun persetankan segala duka nestapa..
jangan biarkan hidup sengsara selamnya...

Di sini ada pesona...di sana ada warna..
biarlah aku mengubah segala rona...
tetap sedar diri tak sempurna..
kepada Allah jua ku meminta.....

Betulkah perempuan Melayu suka warga asing?

APA pun kisah di sebalik kejadian seorang janda dirogol oleh Mat Afrika yang menyewa bilik di rumahnya di Kuala Lumpur beberapa hari lalu, satu perkara yang jarang difikirkan sejak ketibaan orang asing dari zaman penjajah Portugis dan British ke Tanah Melayu ialah 'pengorbanan' besar atau dengan lain perkataan musibah yang menimpa ramai wanita Melayu.

Ini kerana umat Melayu dari dulu hingga sekarang masih cuba menjadi masyarakat Islam yang baik, yang mana antara rukun-rukun kemasyarakatan ialah melindungi kaum wanitanya daripada fitnah dan segala jenis bahaya. Oleh sebab ketiadaan budaya perlindungan ini ditambah pula dengan faktor-faktor kemiskinan maka dari zaman Portugis dan British lagi, wanita dan gadis Melayu bebas bergaul dan berinteraksi dengan orang asing. Selain daripada kaum Cina dan India yang tiba selepas orang Portugis dan British keluar, maka wanita Melayu bertembung pula dengan pelbagai 'Mat' dari seluruh dunia hasil dasar membuka negara ini kepada pelabur dan pelancong asing.

Di zaman Portugis ramai perempuan Melayu dikahwini oleh askar-askar Portugis dan hasilnya ialah sisa-sisa masyarakat Portugis di Melaka sekarang hasil daripada perkahwinan itu. Oleh kerana pihak berkuasa Islam tidak punya taring untuk melindungi wanita Melayu maka mereka dengan senang meninggalkan Islam.

Di zaman British juga ramai wanita Melayu bekerja dengan 'tuan-tuan' British, tinggal di banglo-banglo besar di ladang-ladang getah dan ramai juga yang menjadi perempuan atau isteri tidak rasmi 'Mat Salleh.' Kalau disingkap kisah-kisah sejarah penjajahan bangsa Eropah, ketibaan bangsa-bangsa asing yang menjanjikan hidup lumayan pasti akan menawan hati wanita setempat.

Paling ketara sekali ialah kebanyakan penduduk kulit hitam Amerika Syarikat sekarang adalah hasil hubungan antara tuan-tuan kulit putih dengan wanita-wanita Afrika yang diculik dan dibawa ke Amerika. Mereka yang cantik bekerja di dalam rumah dan menjadi tempat pemuas nafsu tuan-tuan kulit putih. Jadi wanita Melayu juga terpaksa menjalani nasib yang serupa lebih-lebih lagi sejak 20 tahun lalu apabila Malaysia terpaksa mengimport pekerja-pekerja asing seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal dan negara-negara lain.

Selain daripada itu pelabur-pelabur asing juga membanjiri negara ini yang menjanjikan suasana pelaburan yang terbuka dan pekerja-pekerja (wanita Melayu) yang bergaji murah. Maka berpuluh ribu wanita Melayu keluar dari kampung untuk bekerja di kilang-kilang pelabur asing dan berinteraksi dengan bos-bos yang kebanyakannya orang asing ataupun orang Cina dan India yang menjadi penyelia mereka.

Kalau dulu wanita Melayu berinteraksi dengan Cina dan India yang kadang-kadang terjadi juga kisah-kisah sedih, maka sekarang wanita Melayu terpaksa pula berinteraksi dengan pendatang baru seperti bangsa Indonesia, Afrika, Bangladesh, Pakistan, Vietnam dan Nepal. Kalau di kilang ada wanita Melayu yang tertarik atau ditipu oleh Mat Indonesia, Mat Bangladesh dan Mat Pakistan, jadi tidak menghairankan ramai juga wanita Melayu yang ditipu melakukan jenayah oleh Mat Afrika, Mat Iran dan sebagainya.

Setakat ini sudah ramai wanita Melayu yang meringkuk di penjara-penjara negara asing setelah ditangkap membawa dadah, sama ada diperalatkan oleh teman-teman lelaki asing atau pun berbuat demikian dengan pengetahuannya sendiri.

Di samping itu ada juga wanita Melayu yang jatuh cinta dengan mat-mat asing ini yang berakhir dengan perceraian dan kemudian bertarung di mahkamah mendapatkan hak penjagaan anak yang melibatkan budaya dan kuasa mahkamah yang berlainan.

Sekarang kelihatan ramai Mat Afrika di Kuala Lumpur yang rata-ratanya datang dari negara-negara yang jauh lebih miskin dari Malaysia. Salah seorang yang pernah di 'cekup' ketika sedang mengurat gadis Melayu di KLCC terang-terang menyatakan bahawa dia sedang mencari gadis Melayu untuk dikahwini kerana dia mahu menetap di negara ini.

Dalam menghadapi fenomena ini, ramai juga wanita Melayu yang mula berfikiran terbuka dan lebih suka mendapatkan mat asing termasuk wanita Melayu yang berjaya dalam bidang hiburan dan media kerana bagi mereka this is the way forward atau inilah cara hidup masa depan.

Tetapi rata-rata wanita Melayu yang tidak tahu dan tidak sempat membuat pertimbangan berhemah apabila berdepan dengan mat asing yang bermulut manis dan pandai mengambil hati ini. Akhir kata, persoalan ini patut dijadikan persoalan politik yang perlu dikaji oleh Wanita seluruhnya kerana selain daripada dasar-dasar pelancongan yang terlalu terbuka, persoalan wanita Melayu berinteraksi dengan orang asing perlu juga diambil tahu kerana ia melibatkan maruah Melayu, maruah negara.

Lebih-lebih lagi kalau wanita Melayu dipermainkan dan diperdaya oleh lelaki asing.