Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Friday, January 16, 2015
Cerita 2014
Salam buat semua..
Maafkan hamba kerana terlalu lama menyepi..atas kesibukkan kerana kekangan masa, tugas, keluarga dan aktiviti seharian. Hamba rasa terlalu jauh dan asing dibumi sendiri. Begitu juga dalam tugas seharian, hamba rasa seperti berada dibelenggu dunia yang terpenjara dan terpersok di Hulu dunia. Apa boleh buat kerana bidang tugasan hamba memang begini.. kerja tanpa mengira waktu dan ketika. Kerja yang mencabar yang penuh kerahsiaan. Tiada lagi masa terluang seperti dahulu. Jika ada pun hamba penuhkan dengan bermain ping pong. Itupun dapatlah menghilangkan stress ketika masalah menjelma. Namun begitu hamba bayak kehilangan masa untuk keluarga. Berapa kali sahaja hamba dirumah, berapa kali sangat hamba bersarapan dirumah. Namun itu bukan masalahnya, hamba akan cuba memenuhi kehendak keluarga. seperti mana kawan-kawan juga memerlukan perhatian hamba, hinggakan tiada masa untuk rakan-rakan waima untuk ber Whatsup, WeChat dan sebagainya. Cuma untuk berfacebook masih ada ruang buat seketika.
Hamba pun tak tahu hamba seperti kehilangan sesuatu. Samaada semangatkah atau apakah hamba tidak pasti. Hamba rasa semakin jauh dari seseorang, jauh dari sesuatu.. entahlah...hamba akan mencari jawapanya. InsyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment