Walaupun tatkala ini diriku ini terasa sangat penat. Penat dengan segala-galanya. Namun begitu inilah diriku yang sentiasa sibuk. Masa itu sangat mencemburui diriku. Manakan tidak, asal sahaja hujung minggu aku tiada dirumah. Terlibat dengan sukan, rekreasi, kenduri, kerja dan sebagainya, Kesian kolam ikan ku dah lama terbiar. Tetapi sekurang-kuranya aku redha dengan keadaan begitu. Jika difikirkan kembali teringin untuk bersantai ditepi pantai, digunung ganang tanpa gangguan. Tetapi bila? Bila? entah lah, kita cuba mengatur masa namun masa telah mengatur kita. Aku redha dimarahi kenkawan kerana tiada masa untuk mereka. Aku juga pasrah kerana hampir separuh teman-teman baru dan lama meminggirkan aku kerana tiada masa untuk mereka. Dulu aku sibuk berekreasi turun bukit naik bukit, selam sungai selam dasar laut, redah hutan masuk hutan, shopping sana shopping sini, kursus sana kursus sini kini..tak lagi. Namun still masih sibuk. Alooo.. aku penat dah...
Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment