Selepas itu kami terus bergerak ke lokasi. Terasa amat jauh sangat dan sejuk apabila menunggang EX5. Ianya hanya mengambil masa selama 20 minit, dimana terpaksa menghala ke Karak dan U-Turn kembali dan memamasuki susur ke kiri sebelum Kg Sg Dua. Cabaran bermula dengan corner 'U' yang sempit (hanya sebuah kereta) dan berliku. Penuh kegelapan dan hutan disebelah kiri-kanan. Terpaksa menempuh perkampungan orang asli. Turun bukit, naik bukit. Sesekali terpaksa mencantas lalang yang berjuntai menghalang perjalanan kami.

Ialah celik
-celik mata nak makan. Tukang masak penat. Akhirnya sama-samalah kami memasak. Aku tumpang 'tui' tolong basuh-basuh apa yang patut. Sesekali tumpang rasa dan tumpang ratah ayam dan pedal goreng. Kepada yang membuta, emm..memang bestlah. Ada gak yang main 'galah panjang' dan 'polis century'. Nak mandi sejuk lagi.. Makan breakfast+launch telah disediakan. Apalagi, anak-anak sila beratur ambil makanan. Jangan berebut yer. (sebiji.. macam pelarian kem) ha ha ha. Wow! macam kat rumah la pulak; ayam kurma, sayur campur dan udang goreng butter.
Selepas makan berteraburlah dengan aktiviti masing-masing, ada yang bergambar di kaki air terjun, terjun tiruk, santai-santai. Siap bergambar dalam air lagi. Maklumlah diaorang ada camera water proof. Aku? Apalagi.... aktiviti merendamkan badan sambil menyabun muka, kepala dan badan sampai berbuih. Entah macam mana diaorang ajak aku pergi body rafting dari ulu jeram ke hiliran. Apa itu body rafting? Mengapungkan diri dan membiarkan diri hanyut. Adoh sakit mak. Kepala lutut dan pinggang terhentak batu. Terminum air jangan ceritalah. 6 orang berpegang tangan tanpa lepas, memang cari nahas kerana lorong air hanya muat untuk satu orang, yang terpaksa lalu atas air, tersadong batu besar timbul, melambung terhentak batu dalam air macam cerita BOLOS Astro. Banyak pengalaman yang best. Terpegan dan terpeluk biasalah, maaf tak disengajakan demi nak menyelamatkan kenkawan. Sedih gak sebab aku tak boleh teruskan kerana lutut bengkak. Diaorang terus berhibur dan bersuka ria. Lama kelamaan air terjun Chamang dipenuhi oleh pengunjung. Meriah sangat-sangat. Ayuh berkunjunglah kesini. Kepada para 'skodeng' inilah syurga mereka. Group Young Couple terlalu ramai.

Jam 5 petang kami berkemas pulang.