Blog saya ini cuma menyediakan sebahagian peristiwa melalui gabungan gambar semasa dan situasi terkini. Ianya tidak mengikut urutan masa kerana setiap apa yang telah berlaku kerana agak lambat untuk dipanggil oleh memori tuaku ini. Sekiranya ada diantara anda tidak begitu gemar untuk dipublishkan, harap maaf ianya tidak bertujuan untuk mempersenda atau mengaibkan, tetapi sekadar untuk dijadikan tatapan, kenangan serta berkongsi pengalaman hidup.
Anda Pelawat Ke
They call me 'botak'
- Remaja Purba
- Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
- Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.
Monday, July 9, 2012
lama berehat..
Sudah terlalu lama aku tidak berkarya. Terlalu banyak masa yang telah juga isian dengan padat. Mungkin terlalu sibuk dengan kerjaya dan permasalahan dalam kerja. Terlalu banyak peristiwa yang mengganggu minda. Segala permasalahan tersebut aku cuba selesaikan dengan berekriasi ketika malam menjelang. Aku sentiasa habiskan masa bermula jam 9.00 hingga 2.00 jika tidak terlibat dengan tugasan. Kekadang family aku merasakan aku ni ada seperti tiada. Apa yang boleh aku buat, semuanya bertujuan menghilangkan stres. Lagipun itulah hobi Ku bermain Ping Pong.
Tak mengapalah biarlah segalanya berlalu begitu sahaja. Aku rasa sangat bosan pabila masalah-masalah datang bertimpa. Tetapi kini aku terlalu gembira kerana berjaya menangani permasalahan hidu Ku yang melihatkan kerjaya, family, sosial dan hobi.
Yang pasti i will comeback...
Akan Ku buangkan segala keserabutan yang melanda. Kekadang rimas kerana ia datang bukan dariku sendiri tetapi datang dari orang lain. Bukan aku mencari alasan atau menuding jari kepada orang lain. Yang pasti setiap masalah datang pasti akan pergi jua. Teringat lagu Nirwana..cukup-cukup sudah...
Subscribe to:
Posts (Atom)