Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Tuesday, December 27, 2011

Pindah bilik lagi.

Berpindah ke pejabat baru. Walaupun masih belum melepaskan pejabat lama. Susah kan, bila ada 2 pejabat. Begitulah andaikata apabila ada dua rumah tangga yang perlu diselaraskan dalam suatu masa. Walaupun pejabat baru tampak serba kekurangan, namun aku rehda dan pasrah itulah dunia kerjaku. walaupun dipersekitaran, maksud aku, orang lain semuanya telah lengkap peralatan serta selesa dengan persekitarannya. Mungkin bagi aku masih baru segalanya perlu bermula dari mula, dari bawah dari zero. namun aku akan tetap merindukan pejabat lamaku. Kerana disanalah aku membesar dan bercampur gaul dengan klik Marine. Disana juga aku seakan berada dirumah dan halaman sendiri, namun tidak lagi ditempat baru segalanya pasti janggal, kekok, sunyi dan sebagainya.

Rezekiku datang jua

Alhamdulillah..
Siapa sangka penantianku semenjak Dari bulan Jun-Dec 2011 berhasil. Berkat kesabaran & kecekalan membuahkan hasil. Terima kasih kepada Zaifudin, Husaini, Abg Man, En Aziz Dan sahabat-sahabat FusionExcel.com. Terima kasih kepada semua yang menyokong Dan percaya segala-gala kata-kataku. Perubahaan yang ketara Salam hidupku. Salam jutawan buat semua. Terima kasih.