Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Saturday, April 16, 2011

Bila perasaan benci telah datang..

Tetiba rasa hari ini terpanggil untuk menulis. Kali ini aku ingin berbicara tentang perasaan geram, marah dan sedih. Bukan apa..sedih kepada diri sendiri. Terkenang akan segala kenangan yang masih dapat jawapannya. Kenapakah aku hanya mendapat kawan/sahabat/kekasih yang hanya dapat bertahan hanya sementara. Adakah nasib sebegini akan sentiasa menghantui diri ini. Sampaikan tertanya-tanya kepada diri sendiri, adakah aku tidak layak untuk mempunyai sahabat karib, teman istemewa dan sebagainya. Kerana yang aku jumpa hanya sementara sahaja. Aku akui diri ini bukan sesempurna dan sebaik mana.

Pernah dahulu aku sangat menyanyangi seseorang tapi kini apabila aku mengetauhi diri ini tidak diperlukan, tidak dihargai dan tidak diendahkan lagi. Maka aku bertanya pada hatiku, apa perlu aku buat? Hati berkata buat bodoh sahaja. Pada peringkat permulaan ok aku dapat buat bodoh sahaja. Namun lama kelamaan aku seperti orang gila asyik teringat dan terkenang sahaja. Adakah mereka yang aku sangat-sangat sayangi sentiasa ingat dan terkenang akan diri ini? Lama kelamaan oleh kerana terlalu sayang membuat aku tiba-tiba benci. Benci bila melihatkan wajah dan kenangan yang melibatkan dirinya. Kenapa? Aku sendiri tak tahu. Mungkin kerana aku rasa tidak diperlukan lagi. Memang, aku sedar siapa diriku. Namun sebuah kepastian perlu aku tahu, kenapa? mengapa? Adakah aku ini terlalu jahat sangat untuk dirinya. Sedangkan yang terbaik pernah kulakukan untuk dirinya. Sehinggakan aku berdoa kepada Tuhan, kalaulah seorang lelaki dizinkan untuk memperisterikan isteri lebih dari satu tanpa masalah, tanpa perlu kebenaran isteri pertama, alangkah indahnya. Tetapi hukum hakam telahpun ditetapkan.

Tetapi itu bukan persoalan. Masalah aku sudah mulai membenci sangat. Benci..benci Tetapi kekadang dalam hati sangat rindu. Aduh..kenapa jadi begini? Adakah ini dipanggil jiwa kacau? Biasanya aku boleh menguasai dan mengkaunseling orang lain, namun kini aku tidak mampu untuk menasihati diriku sendiri. aku tahu perasaan benci terhadap sesama insan adalah perkara tidak bertamadun. Kenapa harus jadi begini?

Thursday, April 7, 2011

Aku masih berdoa..

Masih juga mencuba nasib tetapi bila jawapan belum jua kutemui. Walaupun jawapan dah diberi dan telah berulangkali diberi amaran jangan cuba-cuba untuk kembali seperti dahulu. Nada suara pun dah berubah cuma aku yang tidak bisa faham. Puas ku cuba memujuk diri akan cuba berlaku seperti biasa namun hati naluri ini dapat merasakan itu jika aku hadir cuma sekadar nak menjaga hati agar aku tidak merajuk atau berkecil hati. Ruang lingkup untuk bersedih sudah tiada dalam perasaan kali ini namun sesekali hati tersentuk jua mungkin atas faktor umur yang telah pun menjelang dan melintasi 40an. Apa tidaknya, walaupun cuma sempat merasakan muda belia selama 3 @ 4 bulan tetiba kemudaan ku telah disentap, direntap begitu sahaja. Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Cuma kalaulah boleh berharap pesanan mindaku ini diterima pakai oleh seseorang, alangkah mudah nya berkomunikasi. Tiada unsur-unsur paksaan disini. Cuma aku berharap dan berdoa aku masih diperlukan, aku masih seperti dulu dan aku juga insan biasa yang memerlukan kasih sayang sepertimana orang lain. Biarpun pada usia yang berbeda dan dipenghujung senja.

Madah Pujangga

Cinta adalah kanvas yang dilengkapi oleh alam dan disulami oleh imiginasi - Voltaire
Kita mudah ditipu oleh apa yang kita cintai - Moliere (Le Tartuffe)
Dengarlah suara hati anda sebagaimana anda mendengar kata-kata orang lain. Lain orang , lain katanya; begitulah kata hati anda -C.S Lewis
Orang yang optimis telah ternampak parut diatas luka, tetapi orang yang pesemis masih ternampak luka dibawah parut - Ernst Schroder

Seandainya kita ingat akan seseorang itu, padahal beliau tidak ingat/tidak mau ingat/lupa/sengaja x ingat akan diri kita lagi. Apakah ertinya. Adakah beliau masih mengingati diri kita. Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata jikalau kita sentiasa mengingati seseorang itu tandanya seseorang itu sentiasa menghantar mesej melalui MINDAnya (bukan sms bukan mms bukan FB bukan YM dsb)