Jika diamati betul-betul, saya berada diatas puncak sebelah kiri gambar.
Tepat jam 8.15 pagi aku bersama kumpulan IV dari kaki Gunung, satu kawasan tadahan air dan sedikit jeram kecil bergerak terus mendaki, tanpa amaran. Saya sempat berpesan kepada peserta agar tidak membuka langkah begitu besar takut-takut atau dikuatiri akan kejang otot. Terasa mengah dan semput maklumlah dah lama x naik bukit @ gunung. Perjalanan terasa penat kerana terus-terusan mendaki. Sesekali aku menyarankan mereka berhenti tetapi tidak lebih dari 2 minit. Jika tidak mereka akan kembali sejuk seperti mulu-mula mendaki tadi.
Apakah binatang yang paling besar sekali?
Jawapanya SE...LADANG? (sambil mendepakan tangan)
Apakah binatang yang paling gila sekali?Gila Babi -salah, Gila-gila-salahJawapannya CRAZY FROGKami sampai ke check point pertama (pondok roboh) dengan keadaan baju basah kerana peluh bercucuran. ada yang menyapu yoko-yoko, minyakl cak kapak dan ada yang minum air. Tetapi saya sempat berpesan kepada mereka jimatkan air Setelah beberapa jam kami melalui halangan yang sukar, maka kami sampai ke satu dataran yang sederhana luas untuk melepaskan penat lelah.
Terpaksa menunggu giliran kerana telah bertembung beberapa kumpulan dari sekolah dan persatuan.
Selepas beberapa jam barulah kumpulan kami dibenarkan menaiki 3 tangga besi untuk sampai ke puncak. Subhanallah betapa indah, asyik dan nyamannya pemandangan diatas sana. Sempat juga mengambil beberapa keping foto. Sempat membantu sekumpulan dari KLShah Alam untuk naik ke puncak. Macam-macam gelagat yang diperhatikan, ada yang cepat, sesak nafas, ada yang menggigil, ada yang basah seluar, ada yang diam tak terkata.