Anda Pelawat Ke

They call me 'botak'

Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Seorang pendiam dan pemalu. Tidak berambut (BOTAK) dan nampak macam garang nampak serious (orang kata) kuat tidur, kuat makan malahan kuat berdengkur. Mempunyai mata yang agak tajam dan nakal. Tidak handsome dan bersaiz agak gempal (XXL) Nampak je macam ni tapi suka bersukan. Suka relax santai. Tidak begitu suka cakap banyak. Tapi maaflah, saya tidak mempunyai wang ringgit berjuta dan harta melimpah ruah.

Sunday, July 31, 2011

perjalanan lebih 1000km

Terasa perjalanan lebih dari 1000km dari Pulau Mutiara ke Inderaloka terlalu amat lama dirasakan. Kematu rasanya punggung hamba. Apa tidaknya dari jam 3.30 petang baru jam 1.30 pagi baru sampai menjejakkan kaki ke halaman rumah di Kuantan.

Agak lewat untuk membuka mata, maklumlah penangan Captain Amerika di JJ Bandar Perda tengah malam tadi. Celik-celik mata terus ke Pekan ......walk (lupa pulak namanya) berhampiran Feri. Tak ada yang hendak dibeli. Kelihatan biasa sahaja sama seperti Jalan Pasar atau Jalan Pudu. Tetapi sempat pekena air buah naga dan kurma blended. Erm...boleh tahan sedapnya. Perut terus berbunyi kelaparan. Apa lagi pekena nasi kampung. Masing-masing terkam pari bakar, pari kari, kembong bakar, tauhu goreng dan macam-macam lagi. Murah alhamdulillah 7 orang makan baru cuma lingkungan RM40 sahaja. Selesai, pulang ke rumah adik Wan memulihkan tenaga, rehat secukupnya sambil memejamkan mata seketika.

Tiada yang indah ingin diperkatakan cuma semasa pemanduan banyak halangan untuk memboleh hamba sampai dengan lebih cepat. aliran kereta agak sesak sejak dari mula bulatan Permatang Pauh sehinggalah ke Permatang Badak Kuantan. Berhenti di beberapa R&R Gn. Semanggol (pekena lemang, ketupat palas dan rendang), Tapah (makan segala jenis buah-buahan), Genting Sempah (melepaskan hajat dan minum kopi ais sahaja) dan Temerloh (tidur seketika dan mandi ala kadar) untuk membasahkan tekak,menghilangkan letih, merehatkan diri dan 'memandikan' diri.
Dalam pemanduan juga entah berapa banyak msg yang masuk. Maaflah kepada kenkawan yang menghantar kerana hamba tak dapat membalas on the spot. Terima kasih atas ucapan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq.

Entah macam mana boleh tersesat sampai ke Tg Malim untuk shortcut ke Genting Highlands. Apa-apa pun semuanya selamat. Tetapi dada masih berdebar dan dah masih berderau kerana terkenangkan peristiwa di persimpangan Permatang Badak. Ketika hendak bertukar lorong dari kiri ke kanan dihalang oleh Kelisa Biru sehinggalah ke traffic light. Dalam keadaan sedia untuk bergerak tetiba 1 kelisa dan 1 waja brek mengejut dan apalagi hamba menekan brek sekuat hati bagi mengelakkan hamba melanggar kereta dihadapan. Yang terasa bengang tu, depa boleh bersilang lorong ketika sebelum kejadian. Nasib baik sempat tarik handbreak. Sikiiiiiiiiiit lagi nak kena. Terhoyong hayang Kelisa ku dengan bunyi break panjang eikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! Syukur alhamdulillah semua selamat. Masih teringat.

Sunday, July 10, 2011

Jejak Nor Faezah

Mengimbau zaman persekolahan di Tingkatan 6 (lower six) 1988. Ketika itu usiaku menjangkau 18 tahun. Rupa-rupanya dah cukup dewasa tatkala itu, namun bagi aku sebagai budak kampung masih ditahap hingusan. Tidak pandai menilai yang mana terbaik dan yang mana baik. Tidak guna untukku menyesali tindak tanduk ketika itu. Aku ketika itu berada di dalam kelas L6A3 yang mana aku tidak dapat menumpukan perhatianku kepada kelas ekonomi kerana tidak suka kepada guru yang mengajar pelajaran tersebut. Aku terlupa akan nama guru tersebut, tetapi suami beliau masih ku ingat, kebetulan beliau adalah guru disiplin; Cikgu Liew, sekarang dengar khabar beliau telah menjadi pegawai tinggi di pejabat pendidikan Bentong.

Akibat dari tidak minat mempelajari mata pelajaran ekonomi, aku mengambil keputusan study di library apabila tiba masa pelajaran ekonomi. Disinilah bermulanya satu pertemuan dengan pelajar tingkatan 5, kelas aliran apa tidak pasti. Hari demi hari berlalu, dari pandang-pandang, jeling menjeling ke satu pertemuan yang tak disangka. Ketika itu aku dikenali sebagai brother 'Lobos' @ 'abang Cu'. Boleh tahan juga glamour nya. Seseorang telah menghampiriku. Aku gugup, berdebar kerana sebelum ini tidak pernah berhadapan dengan situasi ini. Beliau adalah anak kepada Pegawai Pos (Stesen Raub). Malunya tidak terkira kerana aku sangat pemalu dengan perempuan ketika itu.

Salam perkenalan dari Nor Faezah pelajar dari tingkatan 5. Aku bersahaja menyudikan diri atas kejadian tersebut. Bermulalah kisah cinta yang tidak kesampaian. Beliau telah menyatakan isi hati bahawa beliau adalah peminatku. Secret Admire! Aku berasa amat bersalah untuk menerimanya memandangkan aku mempunyai teman (cinta monyet) dengan bekas pelajar sekolah SMTK, Suhana Abdul Rahman. Tetapi aku tidak mengetahui bahawa Suhana tidak sepenuh hati menyintai aku. Tetapi dalam masa yang sama aku melayan Faezah dengan baik. Hari-hari berlalu perasan sayang semakin tebal terhadap Nor. Tetapi cinta zaman dulu-dulu sekadar bersembang, pandang-pandang ibarat lagu boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang. Bebudak zaman sekarang lain.

Terusan kami berhubung terutama apabila tiba mata pelajaran ekonomi. Library menjadi saksi pertemuan kami sehingga pengawas library telah masak dan faham, meja dan kerusi bahagian belakang sekali adalah milik kami. Kenangan manis berterusan, tiada kenangan pahit. Masing-masing meneruskan pelajaran sehinggalah Faezah selesai SPM. Aku? macam biasalah lower six adalah tahun honey moon.

Tetapi keindahan percintaan suci zaman persekolah sedikit tercemar. Aku mendapat tahu salah seorang pelajar di tingkatan 5, Adzrul telah meminati Nor. Sedikit perasaan keciwa ada disanubari. Tetapi aku mengaku, aku silap kerana tidak bertanyakan sendiri kepada Nor, samada dia ada perasaan hati terhadap Adzrul. Bila ku kenang kembali terselit kekesalan yang teramat sangat. Hanya kerana peristiwa itu aku kehilangan muitiara yang amat bernilai. Benar kata pepatah; sayangilah orang yang menyanyagni dirimu. Aku tahu Nor sangat menyayangi diriku. Apakah daya tersilap dayung boleh undur tetapi tersilap langkah kecundang, tersilap perbuatan boleh memohon maaf tetapi tersilap kata merana badan. sehingga kini aku masih terkenangkan kenangan itu.

Aku menyambung persekolahn disekolah yang sama pada tahun hadapannya. Pabila Nor habis SPM beliau tiada lagi di Raub. Puas aku mencari dan menghubungi tetapi gagal. Perhubungan kami putus ditengah jalan. Yelah, zaman dulu mana ada handphone, aku pulak tak mampu nak telefon-telefon ni. Maklumlah budak kampung yang tinggal di Asrama dengan biayaan serba kekurangan. Dengar khabar beliau telah berjawatan tinggi sebagai penjawat awam di Batu Pahat. Maafkan abang Nor. Kita tidak boleh menjangkakan masa hadapan ketika itu, maafkan abang Nor.

Setelah 23 tahun berlalu akhirnya aku bertemu dengan Nor Faezah dalam alam maya @ alam siber. Hidup ini perlu diteruskan. Cinta sekolah ke cinta monyet ke kita tetap perlukan cinta.

Sekian.

cepatnya masa..

Lama ku tinggalkan karya dialam siber ini. Maafkan aku wahai blogku. Tiada apa yang ingin dibicarakan kecuali cerita-cerita biasa sahaja. Bulan ini terasa amat cepat masa berlalu. Segalanya sangat menyempitkan dari serba serba. Aku sentiasa out station yang tak lekat dipejabat. Ermm..poketpun hampir-hampir kekeringan. Apa boleh buat demi tanggungjawab terhadap kerjaya. Beginilah yang dinamakan tanggungjawab. Diarahkan kemana sahaja aku akan pergi. Berkursus di Kelantan ke, HQ ke, Melaka ke semua akan ku hadirkan diri tanpa banyak persoalaan. Cepat benar masa berlalu..

Yang terbaru aku mencukupkan korum ke pertandingan Badminton (Pesta Mini Kastam) di Johor Baharu dari 7-10 Julai 2011. Walaupun kalah namun semangat untuk menyertai dan melawan itu sangat penting. Tetap berbangga kerana hadir bagi mewakili JKDM Pahang. Terima kasih kepada rakan-rakan baik kenalan lama dan kenangan semasa. Sekadar menyebut beberapa nama; terima kasih kepada Mahizam, Isa,Kamal Dragstar, shima syam, mafa, imran, amran, wan zaidi, sara, nik, razak, zaini, latif deris, rosli mka, razali mka, jimi johor, min huda hamdan, nadzri kel, zali speaker, halim hansem, wati adik latif, yeop, bk ns, raja haris,hashim tan, alias sgor, azani, samad asam jawa, alice langkawi, Goh ju lian, gang selangor (aku dah macam artis lak; depa kata) dll. Maaf andaikata nama tak tersenarai.

Mimpi kita

masih kah dikau ingat..
Aku sentiasa teringat dikau. Adakah dikau masih ingat daku? Setakat mana dikau ingat. Sejauh mana dikau perlukan aku. Adakah sekadar cuma diwaktu ceriamu. Bagaimana waktu duka ku.

masihkah dikau ingat dikala dikau kecemasan? ketika itu dikau cemas tidak tentu hala. Aku juga tersentak dikala itu. betapa bimbang dan gusarnya. Puas kutanyakan disana sini. pernah hidupku gempar seketika. Tidak ketentuan ketika mengenangkan nasib diri bersama. Akhirnya misteri itu hampir terbongkar. sesudah selesai masalah sengsara itu, dikau kembali ceria. Aku turut gembira. namun dikau semakin jauh ataupun cuba pergi jauh dari ku. Mengapa? Adakah aku tidak diperlukan lagi. Walaupun aku bukan seorang yang berharta, cuma sekadar bersederhana belaka. Mungkin itu membuatkan dikau alpa tentang diriku. Padahal aku sentiasa dekat dihati. Setiap saat, detik aku menyebut namamu. "Bila rindu kusebut namamu"

Masihkah kau ingat? pertama kali ku menyapa dirimu, lesung pipit dan riak wajahmu membuatkan aku tertarik padamu. Ya, aku cuba membayangkan wajahmu yang putih kegebuan. Sekali pandang seperti anak cina.

Masa berlalu dengan pantas, ku ingatkan dikau hilang begitu sahaja. Masihkah kau ingat, perlawaanku untuk kita lunch bersama dengan dua orang sahabatku. Ingatkan dikau tidak sudi, rupa-rupanya dikau sudi menemaniku. Gembira sangat-sangat hatiku

Masihkah dikau ingat kita mandi bersama di Hutan Lipur Sekayu. Dimana air yang dingin terasa hangatnya. Perjalanan yang jauh hanya dirasa cuma selangkah. Wajah dikau terpancar kegembiraan.

Masihkah kau ingat, panas terik kita redahi dan diselang dengan hujan lebat. Teruskan perjalanan ke pantai Marang bermain hujan ditepian pantai. lalu dikau membisikan sesuatu: boleh tak ikut abang sepanjang masa dan kemana-mana sahaja. Kita terus berhubung sehingga kini. Yang pasti aku kerap kali menghantar dikau pergi ke kelas apabila ada masa terluang. Maaf aku tidak melaksanakan impian bersama untuk membawa dikau bersiar di Kotaraya, scuba and snorkling di pulau-pulau dan sebagainya ekoran dari kesuntukan masa dan halangan tertentu.

Masihkah kau ingat dimana dikau pernah diajukan soalan ; pilih aku atau dia? Beliau menyatakan amaran jangan buat lagi. Aku terkedu dan bersedih dan hanya boleh berkata: jika tidak sudi tidak mengapalah. Ini sahaja yang mampu aku lakukan. Masihkah dikau ingat kita kerap ke tempat biasa itu. Lokasi itu sentiasa dalam ingatanku. Masihkah dikau ingat tatkala kita pergi ke dusun bersama family dikau. Sama-sama berkejaran, pabila buah durian gugur, memetik dokong, memetik rambutan, cempedak dan sebagainya.

Masihkah dikau ingat kita pergi melawat kekanda dikau dihospital malahan kita masih pergi bersama dengan adik beradik dikau. Masihkah dikau ingat kita pergi jauh ke Taman rekreasi yang jauh dari daerah kita. Masihkah dikau ingat dengan Kuala Abang? Pantai menarik ketika gerimis menyapa rambutmu.

Masihkah dikau ingat dengan cahaya yang menyinari malam dimana kita bergambar. Salah satu daripada gambar dirakam dan ku jadikan kenangan bersama. Masihkah dikau ingat kita berkaraoke bersama? Masihkah dikau ingat kita lalui detik-detik indah bersama. Berbicara tentang diri, keluarga dan tentang kita. Sama-sama menzahirkan kata-kata hikmat cinta. Pernah diungkapkan perkataan i love you, always thingking of you.

Masihkah dikau ingat dikau menangis kerana sakit yang dialami. namun disahkan dikau selamat. Masihkah dikau ingat aku sentiasa mengingati mu agar sentiasa menjaga kesihatan diri. Semoga cepat sembuh Aku masih mencari siapakah dikau yang aku maksudkan. Owh..jam sudah hampir pukul 4.00 pagi..rupanya aku masih bermimpi